Page 76 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 76

11.6  JABATAN MATEMATIK DAN SAINS
























                 Dari kiri: Tn. Hj Alias bin Awang, Pn. Hjh. Nor Ruzaini
                                                                Dari kiri: Pn. Hjh. Khalidah bt. Othman, Pn. Umi Nazirah
                 binti Jalilani, Pn. Lee Lay Hwa, Pn. Norzamziah binti      bt. Muhidin, Pn. Wan Salina bt. Wan Seman, Pn. Hjh.
                      Md. Noor, Cik Hjh. Noriah binti Mohd Din       Zuraidah bt. Yazid, Pn. Zuzana bt. Mustapa
               ,

               1.0     PENGENALAN

               Jabatan Matematik dan Sains diketuai oleh Ketua Jabatan iaitu Pn. Hjh. Khalidah binti Othman. Warga jabatan
               ini terdiri daripada tujuh orang pensyarah daripada bidang Sains dan Matematik, dua orang Pembantu Makmal
               dan  seorang  Pembantu  Operasi.  Jabatan  ini  mempunyai  dua  unit  iaitu  Unit  Matematik  dan  Unit  Sains.
               Sepanjang Semester 1 dan Semester 2 Tahun 2016, jabatan ini menawarkan kursus-kursus Bidang Tumpuan
               seperti SCZ1064 Kefahaman Sains dan Kemahiran Saintifik, MTZ1024 Matematik Asas dan Bidang Generik
               kursus  GSA  1072  Statistik  Asas  bagi  program  PPISMP.  Jabatan  ini  juga  menawarkan  kursus-kursus  Elektif
               Teras Sains dan Matematik bagi program PISMP. Bilangan siswa yang mengambil Elektif Teras Sains adalah
               sebanyak 10 orang daripada kumpulan PISMP Ambilan Jun 2015 dan 10 orang daripada  kumpulan PISMP
               Ambilan  Jun  2016.  Bagi  subjek  Elektif  Teras  Matematik,bilangan  siswa  guru    sebanyak  18  orang  daripada
               kumpulan PISMP Ambilan Jun 2016. Jabatan Matematik dan Sains terlibat aktif dalam program-program IPGKIK
               seperti program KBAT Sekolah Nukleus, Sekolah Jalinan Kasih, Sekolah Dalam Penjara, Pedagogi Inklusif serta
               Teaching School.

               2.0     LAPORAN PROGRAM/AKTIVITI

               2.1     Eksplorasi Atmosfera

               Pada  23  Februari  2016,  Jabatan  Matematik  Sains  juga  telah  menganjurkan  LPS  Eksplorasi  Atmosfera  di
               Jabatan Meteorologi Malaysia. Sebanyak 20 orang pensyarah serta 10 orang staf sokongan telah mengikuti LPS
               ini dengan jayanya. Objektif program ini adalah pertama, untuk mempertingkatkan pengetahuan pensyarah serta
               staf  sokongan  berkenaan  sistem  perkhidmatan  meteorologi,  iklim  dan  geofizik    tentang  kepentingan  ilmu  ini
               dalam  melindungi  kepentingan  negara  di  peringkat  antarabangsa;  kedua,  mempromosikan  kefahaman  dan
               kemajuan  sains  meteorologi,  iklim,  seismologi  dan  tsunami  dalam  negara.  Program  ini  akan  dapat  memberi
               penambahan ilmu kepada pensyarah dan staf sokongan dalam meningkatkan sistem pencerapan, mewujud dan
               mengawal selia pangkalan data meteorologi, iklim, seismologi dan tsunami negara untuk memenuhi keperluan
               generasi kini dan akan datang. Aktiviti yang dirangka dalam program ini juga akan dapat memberi idea yang





                                                            76
   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81