Page 80 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 80
Peserta
Sebanyak 29 orang pensyarah terlibat dalam kursus Audit Bahasa 1 yang diadakan pada 04 Februari 2016
bertempat di Bilik Latihan 204A, Blok Harmoni, IPG Kampus Ilmu Khas. Bagi kursus Audit Bahasa 2 yang
diadakan pada 09 Ogos 2016, sebanyak 30 orang pensyarah IPG Kampus Ilmu Khas yang terlibat. Kursus pada
kali ini berlangsung di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Para peserta
yang terpilih untuk mengikuti kedua-dua kursus tersebut mewakili semua jabatan dan unit yang terdapat di IPG
Kampus Ilmu Khas.
Impak
Kedua-dua kursus Audit Bahasa yang dianjurkan pada tahun ini telah memberikan impak yang besar dalam
aspek penggunaan bahasa Melayu dalam institusi ini. Para peserta kursus telah menerima pendedahan tentang
„Sistem vs Kesilapan Bahasa‟, morfologi, dan sintaksis. Impak khusus yang dihasratkan melalui ketiga-tiga tajuk
tersebut ialah ketepatan pemilihan kata, pembinaan ayat yang baik, dan proses pembakuan (betul) bahasa
Melayu. Para peserta juga memperoleh pengetahuan dalam aspek format dan kesilapan lazim dalam penulisan
memo dan surat rasmi. Pemilihan, penggunaan, dan gejala kesilapan yang sering berlaku dalam penggunaan
kata tugas ditegaskan kepada para peserta kursus.
2.2 Bengkel Penyair Remaja Pendidik
Pengenalan Program
Bengkel Penyair Remaja Pendidik ini anjuran bersama Jabatan Pengajian Melayu dengan pihak DBP dan Kalam
telah diadakan pada 20 hingga 21 Ogos 2016 bertempat di Dewan Kuliah, IPGKIK. Keseronokan berkomunikasi
menggunakan aplikasi media secara alam maya turut membataskan pergaulan dan aktiviti bersosial secara lebih
sihat dan membangunkan jiwa jati diri. Rentetan daripada itu, nilai diri golongan remaja perlu dipupuk dengan
penglibatan secara lebih meluas dalam bidang penulisan kreatif termasuk sajak, pantun, cerpen, dan lain-lain.
Oleh itu, Bengkel Penyair Remaja Pendidik ini digalakkan bagi menyemai minat dan mendidik generasi mula
khususnya bakal guru dalam bidang penulisan kreatif.
Objektif program
i. Mendedahkan bidang penulisan kreatif kepada golongan remaja secara efisien.
ii. Menarik dan menyuburkan minat golongan remaja pendidik terhadap kesusasteraan dan keindahan seni
dalam bahasa Melayu dan mengembangkannya ke sekolah.
iii. Memberi ruang dan peluang kepada golongan remaja terlibat secara aktif dalam dunia kesusasteraan.
Peserta
Sebanyak 35 orang peserta terdiri daripada siswa guru program Pendidikan Ijazah Sarjana Muda, 13 orang
pensyarah daripada Jabatan Pengajian Melayu, 3 orang fasilitator daripada (Persatuan Penulis Kuala Lumpur
(KALAM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang terlibat dalam Bengkel Penyair Remaja Pendidik.
Bengkel ini telah memberikan impak yang besar kepada para peserta kerana dapat melahirkan golongan remaja
terlibat aktif dalam penulisan sajak, pantun, syair, dan gurindam. Dua orang peserta bengkel telah dipilih oleh
pihak KALAM dan DBP untuk mendeklamasikan sajak hasil nukilan mereka di hadapan Ketua Pengarah Dewan
Bahasa dan Pustaka iaitu Encik Haji Abdul Adzis bin Abas.
80