Page 84 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 84
2.4 Projek Inovasi JPM, IPGKIK 2016
Pengenalan Program
Projek Inovasi ini bertujuan memberi peluang kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dalam meningkatkan
kualiti dan produktiviti perkhidmatan pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran, memberi peluang kepada
pensyarah dan siswa pendidik menghasilkan teknik pengajaran yang kreatif dan inovatif, ke arah
membudayakan amalan dan budaya kreativiti dan inovasi dalam kalangan warga IPGM Kampus ilmu Khas dan
memberi pengiktirafan secara formal kepada warga IPGM Kampus Ilmu Khas yang berjaya menghasilkan projek
inovasi dan projek KIK.
Butiran Pertandingan
Tarikh : 18-20 April 2016
Hari : Isnin hingga Khamis
Tempat : Dewan Dato‟ Razali Ismail, IPG KIK
Masa : 8.00 pagi hingga 1 petang
Objektif Program
i. Memberi pengiktirafan secara formal kepada warga IPGM Kampus Ilmu Khas yang berjaya menghasilkan
projek inovasi dan projek KIK.
ii. Membudayakan amalan dan budaya kreativiti dan inovasi dalam kalangan warga IPGM Kampus llmu Khas.
Kejayaan
Jabatan Pengajian Melayu telah menghantar satu pasukan inovasi yang disertai oleh 4 orang pensyarah iaitu
En. Amat Tarop bin Sumo, Pn. Fadilah binti Idris, Dr. Noor Hayati binti Che Mat dan En Thahir bin Nuruddin.
Kumpulan inovasi JPM telah memenangi Anugerah Pingat Emas dalam Kategori Pensyarah iaitu Pengajaran
dan Pembelajaran. Projek inovasi yang dicetuskan oleh penyelidik ini diberi nama Kipas Ajaib.
Impak Inovasi
Penggunaan Kipas ajaib dalam Pengajaran dan Pembelajaran telah memberi impak yang besar kepada guru
dan murid. Antaranya:
1. Memudahkan guru mengajar aspek membunyi, menyebut, dan membaca perkataan.
2. Murid-murid dapat membaca dengan lebih santai dan lebih yakin dengan adanya ajaib ini.
3. Murid-murid akan berasa seronok kerana mereka dapat belajar sambil bermain.
Kipas Ajaib Pemenang Anugerah Emas Bagi Kategori Pensyarah
84