Page 87 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 87
LAPORAN AKTIVITI KEBAHASAAN
1.0 PENGENALAN
Aktiviti kebahasaan merupakan sebahagian daripada aktiviti yang turut dijalankan oleh Jabatan
Pengajian Melayu sepanjang tahun 2016. Aktiviti kebahasaan ini merupakan aktiviti kokurikulum yang
memerlukan penglibatan siswa guru IPG Kampus Ilmu Khas. Sepanjang tahun 2016, aktiviti
kebahasaan yang telah disertai ialah pidato dan debat. Kedua-dua aktiviti ini adalah pada peringkat
negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Dalam seminggu, latihan telah dijalankan sebanyak tiga kali
iaitu pada hari Selasa, Khamis, dan Ahad. Masa latihan ialah 9 malam hingga 11 malam.
2.0 LAPORAN PROGRAM
2.1 Pertandingan Debat Terbuka ASTAR Universiti Malaya Sesi 2015/2016
Pengenalan
Pada 29 Januari hingga 1 Februari 2016 iaitu Jumaat hingga Isnin IPG Kampus Ilmu Khas telah menghantar
wakil ke Pertandingan Debat Terbuka Astar Antara Institusi Pengajian Tinggi. Pertandingan debat ini telah
diadakan di Kolej Kediaman Pertama, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Pertandingan ini dianjurkan oleh
Jawatankuasa Perkembangan Akademik dan Intelektual, Kolej Kediaman Pertama, Universiti Malaya.
Peserta
Satu pasukan dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas telah mewakili institut ini. Peserta tersebut ialah:
i. Anisah binti Mohd Haizald
ii. Nurhawa binti Mokhtar
iii. Nor Husnina Binti Mohamad
Pasukan IPG Kampus Ilmu Khas telah dibimbing oleh Encik Amat Tarop bin Sumo.
Impak
Pertandingan ini telah disertai oleh 36 pasukan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dari seluruh
Malaysia. Format pertandingan ini ialah Parlimen Malaysia. Pertandingan ini terbahagi kepada 5 pusingan awal,
suku akhir, separuh akhir, dan akhir. Dalam pertandingan tersebut pasukan dari IPG Kampus Ilmu Khas telah
berada pada kedudukan yang ke-22 daripada 36 pasukan.
2.2 Pertandingan Pidato Antarabangsa 2016
Pengenalan
Pada 4 hingga 6 Mac 2016, Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Ilmu Khas telah menghantar peserta ke
sesi pemilihan wakil Malaysia ke Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2016.
Pertandingan tersebut dijalankan oleh Sekretariat Majlis Debat Universiti Malaysia (MADUM) bertempat di
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Peserta bebas memilih tajuk yang ingin disampaikan. Tajuk
yang dipilih mestilah berdasarkan tema yang berikut:
i. Peranan Mahasiswa vi. Kerjasama Antarabangsa
ii. Keamanan Dunia vii. Kepentingan Bahasa
iii. Pembangunan Ekonomi viii. Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh
iv. Kepelbagaian Budaya ix. ix.Isu Kemanusiaan
v. Kepentingan Pendidikan x. Isu Hak Asasi
87