Page 89 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 89

Impak
               Pertandingan ini telah disertai oleh 15 peserta dari Institut Pendidikan Guru dan Institusi Pengajian Tinggi dari
               sekitar Lembah Klang. Format pertandingan ini adalah tidak ada sesi saringan kerana peserta terus berpidato di
               pentas akhir. Keputusan akan terus diumumkan di akhir pertandingan. Pertandingan juga berlangsung selama
               sehari sahaja. Dalam pertandingan tersebut peserta dari IPG Kampus Ilmu Khas iaitu Nurhawa binti Mokhtar
               telah berada pada kedudukan yang ke-6.

               2.5     Pertandingan Pidato Transformasi Terengganu Baharu (TTB) Antara Institusi Pengajian Tinggi
                       (IPT) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

               Pengenalan
               Pada  4 hingga 7 Ogos 2016 iaitu Khamis hingga Ahad IPG Kampus Ilmu Khas telah menghantar wakil ke
               Pertandingan Pidato Transformasi Terengganu Baharu (TTB). Pertandingan ini telah diadakan di IPG Kampus
               Dato‟ Razali Ismail, Kuala Terengganu. Pertandingan ini mendapat kerjasama dari Kerajaan Negeri Terengganu
               dan Majlis Debat Universiti Malaysia.

               Peserta

               Dua orang peserta dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas telah mewakili institut ini. Peserta tersebut
               ialah:
                       i.     Madihah Husna binti Noh
                       ii.    Nurhawa binti Mokhtar

               Peserta IPG Kampus Ilmu Khas telah dibimbing oleh Encik Amat Tarop bin Sumo.

               Impak

               Pertandingan ini telah disertai oleh 32 peserta dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dari seluruh
               Malaysia. Format pertandingan ini terbahagi kepada 4 pusingan. Pusingan pertama, suku akhir, separuh akhir,
               dan akhir. Dalam pertandingan tersebut peserta dari IPG Kampus Ilmu Khas iaitu Nurhawa binti Mokhtar telah
               berada pada kedudukan yang ke-6  manakala Madihah Husna binti Noh layak ke separuh akhir.

               2.6     Pertandingan  Pidato  Bahasa  Melayu  Dewan  Bahasa  dan  Pustaka  Peringkat  Negeri,  Negeri
                       Sembilan

               Pengenalan

               Pada  10 Oktober 2016 iaitu Isnin,  IPG Kampus Ilmu Khas telah menghantar wakil ke Pertandingan Pidato
               Bahasa  Melayu  Dewan  Bahasa  dan  Pustaka  Peringkat  Negeri,  Negeri  Sembilan.  Pertandingan  ini  telah
               diadakan di IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan. Pertandingan ini mendapat kerjasama
               daripada Kerajaan Negeri Sembilan dan Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Negeri Sembilan.

               Peserta
               Seorang peserta dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas telah mewakili institut ini. Peserta tersebut
               ialah Madihah Husna binti Noh. Peserta IPG Kampus Ilmu Khas telah dibimbing oleh Encik Amat Tarop bin
               Sumo.






                                                            89
   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94