Page 93 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 93
11.8 JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
(Baris Pertama:En.Jainudin, Cik Nurul Huda, Baris Kedua:En. Zaradi, En. Asri, En. Muaaz, En. Aminuddin, En. Firdaus, Dr.
Zahiah, Pn. Raihan, Baris Ketiga: Pn. Norlela, Pn. Vijaya, Baris Keempat: Pn. Manja)
1.0 PENGENALAN
Jabatan pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) terdiri daripada tiga unit iaitu Unit Pendidikan Islam, Unit
Pendidikan Moral, dan Unit Bahasa Arab. Ketua jabatan JAPIM ialah Tuan Haji Jainudin bin Ngah. Bilangan
pensyarah JAPIM ialah seramai 10 orang iaitu Ustazah Nurul Huda binti Mohd Bisri, Puan Vijayaletcmy
Muniyandy, Ustaz Mohd Asri bin Abdul Rahman, Ustaz Zaradi bin Sudin, Ustazah Zahiah binti Haris@Harith,
Ustazah Firdaus binti Abdul Fatah, Ustazah Norlela binti Ali, Ustaz Muaaz bin Muhammad dan Ustazah Nor
Raihan bt Mohd Nor. JAPIM menawarkan kursus Pendidikan Islam Teras, Pendidikan Moral Teras untuk
Program PPISMP, dan Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dan Pendidikan Moral Elektif untuk Program
PISMP. JAPIM menganjurkan banyak aktiviti untuk siswa guru, pensyarah dan staf sokongan.
2.0 LAPORAN PROGRAM JAPIM 2016
2.1 Program Semarak Cinta Rasul 1437H
Program Semarak Cinta Rasul telah diadakan pada 22 Januari 2016
di Dewan Dato‟ Razali Ismail, IPG kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.
Program disertai oleh semua siswa guru Islam, para pensyarah dan
staf sokongan. Para tetamu kehormat terdiri daripada Ustaz Muhadir
Haji Joll dan Dr. Mohd Sukki Othman selaku ahli panel berserta
Ustaz Fauzi Mustafa selaku moderator forum. Forum Program
Semarak Cinta Rasul bertajuk “Rasulullah SAW Penjana
Transformasi Pendidikan Ummah”. Program ini diadakan bertujuan
93