Page 79 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 79
11.7 JABATAN PENGAJIAN MELAYU
Dari kiri Dr. Noor Hayati Che Mat, Pn. Fadilah Idris, Pn. Ummi Hani Mohamed Zaid, Cik Hayati Mat Yusof (Tim.
Ketua Jabatan), Pn. Nor Alizah Alias. Pn. Norliza Ahmad Kamal, Pn. Norani Abd. Rahim, Tuan Haji Zainalarifin
Yusof ( Ketua Jabatan), En. Amat Tarop Sumo, En. Thahir Nuruddin, Tuan Haji Shahariman Ahmad, En. Abu
Bakar Haji Ahmad, dan En. Hasizan Dahalal (tiada dalam gambar)
1.0 PENGENALAN
Jabatan Pengajian Melayu di IPG Kampus Ilmu Khas dianggotai oleh Tuan Haji Zainal bin Yusuf (Ketua Jabatan
Bahasa Melayu), Cik Hayati bin Mat Yusof (Timbalan Ketua Jabatan), dan 11 orang pensyarah. Bilangan siswa
guru yang mengambil subjek BM sebagai Major adalah sebanyak 14 orang. Manakala siswa guru yang
mengambil bahasa Melayu sebagai elektif sebanyak 60 orang. Selain daripada subjek major dan elektif,
pesyarah JPM juga mengajar subjek generik seperti Kesantunan Masyarakat Malaysia, Bahasa Melayu
Komunikatif, Wacana Penulisan dan Pengantar Bahasa Melayu, Bahasa Melayu Kontekstual. Walau
bagaimanapun JPM juga turut membantu Jabatan Pendidikan Khas bagi subjek Seni Bahasa dan Sastera
Dalam Pendidikan Pemulihan dan Sistem Bahasa Melayu. Sepanjang tahun 2016 JPM telah melaksanakan 5
program utama iaitu Pertandingan Debat Terbuka Ilmu Khas (DeTIK), Bengkel Penyair Remaja Pendidik, Audit
Bahasa, Projek Inovasi dan Dendangan Syair.
2.0 LAPORAN PROGRAM / AKTIVITI
2.1 Audit Bahasa
Pengenalan Program
Kursus Audit Bahasa dianjurkan bertujuan memantapkan kemahiran penggunaan bahasa Melayu berpandukan
sistem bahasa yang betul sama ada dalam komunikasi lisan mahupun penulisan. Para peserta diberikan
pendedahan tentang aspek morfologi, sintaksis, dan gejala kesilapan berbahasa yang sering berlaku dalam
aktiviti lisan atau penulisan bahasa Melayu.
Objektif Program
i. Penataran semula aplikasi sistem bahasa Melayu semasa aktiviti berbahasa lisan atau penulisan.
ii. Memperlihatkan gejala kesilapan berbahasa yang sering berlaku dan tindakan pembetulan.
iii. Menggalakkan amalan penggunaan bahasa Melayu dengan betul.
79