Page 173 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 173

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP)



























                 Hadapan (kiri) : Husaini, Ustaz Mstapha, Dr. Norherani, Dr. Rodziah, En. Saharuddin, Radzman, Azhar. (Barisan kedua
                 depan-kiri) Zuraida, Khadijah, Sabihah, Qamarina, Fatin, Aidatul,Solehah. (Barisan Ketiga-kiri) Wei Han, Rijalman, Izzati,
                  Afifi, Nabila, Wahidah, Jessica, Hazim. (Barisan keempat-kiri) Kalai, Anas, Akid, Hilal,Hanafi, Farhana, Iman, Fakiera,
                                                       Fasihah, Hazim)


               1.0     PENGENALAN

               Persatuan  ini  merupakan  persatuan  pelajar  yang  dinamakan  Jawatankuasa  Perwakilan  Pelajar  (JPP)  yang
               diketuai oleh Yang Di-pertua Pelajar (YDP). Pada sesi 2016/2017 YDP JPP ialah Mohd Radzman bin Abdul
               Radji, pelajar PISMP Ambilan Januari 2014. JPP ini terdiri daripada 27 ahli. Tambahan lagi, JPP terdiri daripada
               7 orang Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dan 20 orang Ahli Majlis Mesyuarat (AMM). AMM pula terdiri daripada 10 biro
               yang masing-masing mempunyai Exco dan Pembantu Exco biro tersebut.

               Sepanjang tahun 2016 ini, sebanyak 9 aktiviti yang berjaya dijalankan oleh JPP. Aktiviti tersebut ialah Ramah
               Mesra JPP, Program Ziarah Ayah Bonda Al-Fikrah, Program Agihan Bubur Lambuk, Beauty Through Modesty,
               Kolej Kediaman Terbuka 2016, Rumah Terbuka JPP, Debat Pra-DeTIK dan Debat Terbuka Ilmu Khas (DeTIK
               2016).

               2.0     LAPORAN PROGRAM/AKTIVITI

               2.1     Ramah Mesra JPP


               Program ini dijalankan pada 3 Mei 2016. Program ini merupakan program
               untuk memperkenalkan JPP sesi 2016/2017  kepada siswa guru  IPGKIK.
               Objektif  program  ini  adalah  untuk  memperkanalkan  ahli  JPP  sesi
               2016/2017,  memperkenalkan  siswa  guru  dengan  Pusat  Kegiaan  Siswa
               (PKS) pada pelajar dan merapatkan jurang antara pelajar tanpa mengira
               program, kaum, bangsa dan agama.

               rogram ini adalah untuk semua siswa guru  IPGKIK sama ada tinggal di
               kolej  kediaman  atau  pun  di  rumah  sewa.  Kesan  selepas  program  ini
               dijalankan,  JPP  dikenali  oleh  para pelajar mengikut  biro  yang  betul dan
               para  siswa  guru  IPGKIK  menggunakan  PKS  untuk  menjalankan  aktiviti
               sihat seperti belajar berkumpulan, mesyuarat dan banyak lagi.




                                                          173
   168   169   170   171   172   173   174   175   176   177   178