Page 174 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 174
2.2 Ziarah Ayah Bonda Al-Fikrah
Program ini telah dijalankan pada 8 Mei 2016. Program ini juga merupakan program Biro Kebajikan dan Sosial
namun disertai oleh semua JPP dan pelajar IPGKIK yang lain seramai 50 orang. Objektif program ini ialah untuk
mendekatkan pelajar IPGKIK kepada aktiviti kebajikan, memberi peluang kepada siswa guru untuk melihat
sendiri realiti kehidupan warga emas yang ditempatkan di rumah penjagaan orang tua dan mencungkil kasih
sayang siswa guru untuk menyayangi masyarakat tanpa diskriminasi.
2.3 Agihan Bubur Lambuk JPP
Program ini djalankan pada bulan Ramadhan yang lalu iaitu 29 Jun 2016. Program ni adalah untuk mengeratkan
ukhuwwah antara JPP dengan siswa guru IPGKIK dan masyarakat sekeliling kawasan IPGKIK. Selain itu
program ini memberi peluang kepada semua warga IPGKIK bersedekah pada bulan Ramadhan yang mulia.
2.4 Beauty Through Modesty
Program ini dijalankan pada 22 Julai 2016 yang lalu. Program ini dikendalikan oleh Biro HELWANI. Program ini
bertujuan untuk memperkenalkan siswa guru wanita IPGKIK tentang pengurusan diri dan mencantikkan diri
sebagai seorang guru yang berketrampilan dan berkaliber.
2.5 Kolej Kediaman Terbuka
Program ini dijalankan pada 23 Julai 2016 dan dikendalikan oleh Biro Kolej Kediaman dan AJK Kolej Kediaman
Sentosa, Aman dan Damai. Program ini adalah untuk mengeratkan hubungan penghuni antara 3 blok kolej
kediaman ini dengan para warden, Pengarah dan Penyelia Asrama. Selain itu juga Program ini juga adalah
untuk memberi peluang kepada Pengarah dan para warden melihat dan memantau secara keseluruhan keadaan
infrastruktur kolej kediaman IPGKIK.
2.6 Rumah Terbuka JPP 2016
Program ini dijalankan pada bulan Syawal iaitu 26 Julai 2016. Program ini merupakan sambutan Hari Raya yang
dianjurkan oleh JPP IPGKIK. Program ini dihadiri oleh semua siswa guru IPGKIK. Program ini bertujuan untuk
mengeratkan hubungan antara siswa guru IPGKIK dan menyatukan mereka walaupun berbeza bangsa, agama
dan negeri.
Rumah Terbuka JPP (Hari Raya)
174

