Page 175 - LaporanTahunanIPGKIK2016
P. 175
2.7 Debat Pra-DeTIK
Program ini diadakan pada 11 Ogor 2016. Program ini dikendalikan oleh Biro Akademik JPP. Program ini adalah
untuk mencungkil bakat pelajar-pelajar IPGKIK terutamanya siswa guru baharu (PPISMP) dalam bidang
perdebatan bagi mencari pelapis pendebat-pendebat IPGKIK akan datang. Tambahan lagi, Pra-Detik ini juga
adalah bertujuan untuk memperkenalkan kepada warga IPGKIK tentang konsep Debat Ala Parlimen British.
Konsep ini akan digunakan pada DeTIK 2016.
2.8 Debat Terbuka Ilmu Khas
Program ini dijalankan pada 7 hingga 10 Oktober 2016. Program ini anjuran IPGKIK sendiri namun digerakkan
oleh Jabatan Pengajian Melayu, Kelab Debat IPGKIK dan JPP IPGKIK. Program ini merupakan pertandingan
debat yang membahaskan tentang isu-isu pendidikan di Malaysia. Program ini disertai oleh kumpulan-kumpulan
debat dari universiti awam dan universiti swasta seluruh Malaysia.
Barisan JPP 2016/2017 Persembahan oleh ‘LAST MINUTE” Kursus Pengurusan Organisasi
3.0 Rumusan
Akhir sekali, semua program tersebut memberi banyak pengalaman kepada ahli JPP dalam mengendalikan dan
menggerakkan program-program di IPGKIK. Diharap agar JPP sesi akan datang dapat meneruskan lagi
program-program tersebut dan membuat penambahbaikan pada masa akan datang.
175

