Page 7 - 2019_BUKU AGM SERI AR RAUDHAH
P. 7
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH RENDAH ISLAM AR RAUDHAH
SESI 2018/2019
PENDAHULUAN
Hasil kerjasama ahli jawatankuasa PIBG yang dilantik dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-2,
Alhamdulillah aktiviti-aktiviti telah dapat dijalankan dengan aktif dan lancar sepanjang tempoh
perkhidmatan 2018/2019. Asas dasar yang dibuat pada awal perkhidmatan telah dipraktikkan
oleh semua ahli jawatankuasa antaranya:
1. Bekerja berkumpulan dengan semangat setiakawan, terbuka dan ikhlas.
2. Aktiviti berdasarkan idea yang praktik mesti mampu menarik minat ibu bapa mendekati
sekolah dan dapat menghubungkan ibu bapa – murid – guru, yang mana murid menjadi
penghubung dan sekolah menjadi lapang interaksi.
3. Setiap aktiviti yang dirancang oleh PIBG seboleh-bolehnya mencari sumber kewangan sendiri.
4. Menambah ahli PIBG yang aktif supaya dapat menjalankan aktiviti dengan lebih berkesan.
5. Dasar aktiviti hendaklah dengan tujuan sebagai pelengkap, tambahan dan tidak bertidih
dengan aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.
AKTIVITI TAHUNAN
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH RENDAH ISLAM AR RAUDHAH
1. MESYUARAT AJK PIBG
Bagi merancang dan melaksanakan dan menjayakan program sepanjang tahun PIBG dan sekolah,
Mesyuarat AJK PIBG telah diadakan sebanyak 7 kali bagi sesi 2018/2019 iaitu pada 04 April 2018,
11 April 2018, 05 Mei 2018, 21 Oktober 2018, 06 November 2018, 11 November 2018, 13
Februari 2019. Manakala mesyuarat khas diadakan sekali pada 09 Mac 2019 bagi
membincangkan persiapan Mesyuarat Agung Kali Ke-3.
7 | P a g e