Page 8 - 2019_BUKU AGM SERI AR RAUDHAH
P. 8

2. SUKAN TAHUNAN PERINGKAT SEKOLAH

                Sukan  Tahunan  Peringkat  Sekolah  telah  diadakan  di  Kompleks  Sukan  Sandakan.  PIBG  telah

                meluluskan  peruntukan  kewangan  melalui  Tabung  PIBG  bagi  membantu  pihak  sekolah

                menjayakan  sukan  tahunan  tersebut.  Ajk  PIBG  dan  ibu  bapa  turut  menyumbangkan  tenaga
                 bertugas dalam sukan tahunan tersebut.





                3. SAMBUTAN HARI GURU DAN PEKERJA PERINGKAT SEKOLAH

                Sambutan   Hari   dan   Pekerja   peringkat   sekolah   diadakan   setiap   bulan   Mei. Sebagai

                tanda keperihatinan PIBG atas sumbangan dan jasa guru-guru dan para pekerja sekolah, program

                tersebut   telah diletakkan sebagai program Tahunan PIBG bersama sekolah. Sehubungan dengan
                 itu, PIBG   telah meluluskan sejumlah peruntukan kewangan untuk membantu menjayakan majlis

                 tersebut. Sambutan hari guru pada tahun 2018 diadakan di Restoran GH Corner yang dihadiri

                oleh pengerusi Syura, Mudir dan guru-guru Seri Ar Raudhah.




                4. PERPINDAHAN SERI AR RAUDHAH KE BANGUNAN YANG BARU


                    Perpindahan  Seri  Ar  Raudhah  ke  bangunan  yang  baru  pada  Jun  2018  di  Taman  Anggerik
                Perdana.      Bagi      menjayakan  aktiviti  tersebut,  PIBG  menghulurkan  bantuan  dari  segi  tenaga

                untuk  mengangkat  dan  memindahkan  barang-barang  keperluan  sekolah  ke  premis  yang  baru.

                Jawatankuasa PIBG dan ibu bapa saling berganding bahu menjayakan majlis tersebut.




                5. KUTIPAN DANA

                 Kad Dana telah dilancarkan kepada Ibubapa untuk membantu pihak sekolah dari segi kewangan

                 dalam pengurusan perpindahan dan pembayaran wang pendahuluan kepada pemilik bangunan

                yang baru. Sejumlah wang telah diberikan Mudir Seri Ar Raudhah mewakili pihak sekolah pada

                Majlis Sambutan Hari Guru 2018.











                                                                                                8 | P a g e
   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12