Page 9 - 2019_BUKU AGM SERI AR RAUDHAH
P. 9
6. SUMBANGAN SEMPENA MSSRIS
PIBG Seri Ar Raudhah telah menyerahkan wang bagi melancarkan lagi perjalanan atlet Seri Ar
Raudhah ke Kota Kinabalu.
7. HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN
Majlis tersebut diadakan pada 17 November 2018 bertempat di Dewan Kuliah Utama Politeknik
Sandakan Sabah. Dalam majlis tersebut murid-murid yang cemerlang dalam bidang kurikulum,
kokurikulum dan sahsiah menerima hadiah sebagai tanda penghargaan kepada mereka. PIBG
telah membiayai kos majlis tersebut melalui Tabung Khas Hari Anugerah Kecemerlangan.
8. ANUGERAH IBUBAPA PRIHATIN 2018
Anugerah ibubapa prihatin diberikan kepada ibubapa yang menunjukkan komitmen yang tinggi
kepada pihak sekolah dan beberapa kriteria lain. Seramai 12 orang ibubapa telah menerima
anugerah tersebut.
13. ANUGERAH DAN SAGUHATI KECEMERLANGAN UPSR 2018
Bagi murid-murid yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
UPSR dan SRU. PIBG telah memberikan sejumlah wang sebagai tanda penghargaan atas usaha
dan telah mengharumkan nama sekolah.
Disediakan oleh,
( MUHARNI AMRAN)
Setiausaha PIBG,
SERI AR RAUDHAH.
9 | P a g e