Page 20 - Laporan Tahunan ISM
P. 20
LAPORAN PRESTASI
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT DAN KOLABORASI STRATEGIK (UKKKS)
2021
Unit Komunikasi Korporat dan Kolaborasi Strategik (UKKKS) telah diwujudkan sejak tahun 2018 dengan
penggabungan Unit Komunikasi Korporat (UKK) dan Kluster Kolaborasi Strategik (KS) dan diletakkan di
bawah Pengarah Institut Sosial Malaysia. Sebagai Unit yang menguruskan maklumat korporat jabatan,
UKKKS berperanan seperti berikut:-
i. Mempromosikan dasar, program dan aktiviti jabatan ke arah pembentukan imej yang positif melalui
promosi dan publisiti yang strategik dan berkesan.
ii. Menggalakkan penyertaan dan meningkatkan penghayatan serta memberi kefahaman umum
mengenai dasar, program dan aktiviti ISM dengan lebih berkesan.
iii. Menguruskan komunikasi korporat dengan media dan merancang pelan tindakan media dalam
penyebaran maklumat secara efisien bagi memenuhi ketepatan masa dan objektif ISM secara
keseluruhan.
iv. Memantau dan menilai liputan media dan kesannya mengenai perkembangan semasa agensi
serta memberi maklum balas kepada isu-isu yang dibangkitkan.
v. Menguruskan maklum balas berhubung isu yang melibatkan imej jabatan serta membentuk
perhubungan dengan media dalam membetulkan salah liputan atau tanggapan.
vi. Berperanan sebagai penasihat dalam bidang komunikasi korporat dan perhubungan pengurusan
media serta protokol bagi merancang dan menasihati pihak pengurusan tertinggi tentang
strategi-strategi komunikasi korporat.
vii. Bertindak sebagai penyelaras media.
viii. Bertanggungjawab merancang dan melaksanakan pelan komunikasi bagi aktiviti rasmi di ISM
berhubung promosi, publisiti dan kempen dengan media.
ix. Menjalin dan memupuk hubungan baik dengan media tempatan dan luar negara secara
berterusan bagi menentukan sasaran mendapat gambara atau maklumat sebenar tentang
organisasi yang melibatkan dasar dan perkembangan semasa.
x. Sebagai penyelaras aduan pelanggan ISM.
xi. Mewujudkan kerjasama strategik antara ISM dengan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta
di dalam dan luar negara.
19 LAPORAN TAHUNAN 2021 INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)