Page 86 - Laporan Tahunan ISM
P. 86
Kursus Certified Neuro Linguistic Program-
ming Practitioner (KAD-MSIA)
a) Kursus ini diadakan pada 16 hingga 18 Ogos
2021 secara dalam talian yang bertujuan untuk
mempelajari konsep Neuro Linguistic
Programming (NLP), memahami kaedah NLP
dalam kehidupan dan kerjaya dan melaksana
hasil pembelajaran dalam kehidupan dan
kerjaya. Kaedah pelaksanaan adalah secara
dalam talian. Peserta adalah seramai 231
orang yang terdiri daripada Alumni Peserta
NLPt ISM.
b) Kursus ini juga turut diadakan sebanyak dua
(2) siri iaitu siri 1 pada 11 hingga 13
September 2021 dan siri 2 pada 20 hingga 22
September 2021. Kursus ini bertujuan untuk
untuk mempelajari konsep Neuro Linguistic
Programming (NLP), memahami kaedah NLP
dalam kehidupan dan kerjaya dan melaksana
hasil pembelajaran dalam kehidupan dan
kerjaya. Peserta yang menghadiri kursus ini
adalah seramai 64 orang peserta pada siri 1
dan 31 orang peserta pada siri 2 yang terdiri
daripada Pegawai Pembangunan Masyarakat,
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat,
Pembantu Pembangunan Masyarakat, Skim S
daripada lain-lain jabatan/agensi berkaitan
dan NGO dalam bidang sosial. Tempoh
pelaksanaan kursus adalah selama 3 hari dan
yuran kursus berjumlah RM30.00.
Bengkel Permurniaan Kurikulum Kerja Sosial
Bengkel ini diadakan pada 16 Februari 2021 secara dalam talian. Bengkel ini bertujuan untuk
membincang dan menyemak semula kurikulum kursus. Peserta bengkel adalah terdiri daripada
pegawai-pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, pensyarah-penyarah universiti dan Subject
Matter Expert (SME).
85 LAPORAN TAHUNAN 2021 INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)