Page 81 - Laporan Tahunan ISM
P. 81

Dialog Profesion Kerja Sosial

                                                                            Dialog   Profesion  Kerja  Sosial
                                                                            merupakan satu wacana berkaitan
                                                                            profesion kerja sosial melibatkan
                                                                            pekerja sosial, pengamal sosial, ahli
                                                                            akademik,    mahasiswa,   Badan
                                                                            Bukan    Kerajaan   serta   para
                                                                            sukarelawan yang berkecimpung di
                                                                            dalam perkhidmatan sosial. Dialog
                                                                            ini diadakan pada 5 Oktober 2021
                                                                            bertajuk “Praktis dan Peranan” yang
                                                                            menampilkan     barisan    panel
                                                                            jemputan iaitu (i) Prof. Dr. Azlinda
                                                                            Azman, Dekan Pusat Pengajian
                                                                            Sains Kemasyarakatan, Universiti
                                                                            Sains    Malaysia;    (ii)  Puan
                                                                            Rosmahwati binti Ishak, Timbalan
                                                                            Ketua     Pengarah     (Strategik),
                                                                            Jabatan   Kebajikan   Masyarakat
                                                                            (JKM); dan (iii) Encik Abdul Halim
                                                                            bin Hj Jamil, Ketua Profession
                                                                            Pegawai Kerja Sosial Perubatan,
                                                                            Jabatan Kerja Sosial Perubatan,
                                                                            Kementerian   Kesihatan  Malaysia
                                                                            (KKM). Kaedah pelaksanaan adalah
                                                                            secara   dalam    talian  melalui
                                                                            penstriman langsung Facebook ISM
                                                                            yang mencatat jumlah sebanyak
                                                                            1300    tontonan.  Program    ini
                                                                            bertujuan   memberi    kesedaran
                                                                            kepada peserta tentang kerja sosial
                                                                            serta    kepentingannya    dalam
                                                                            menangani gejala sosial di negara
                                                                            ini. Program ini juga bermatlamat
                                                                            untuk mempromosikan bidang kerja
                                                                            sosial kepada masyarakat sebagai
                                                                            usaha     untuk   memartabatkan
                                                                            profesion kerja sosial.








                                                                    LAPORAN TAHUNAN 2021  INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)  80
   76   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86