Page 77 - Laporan Tahunan ISM
P. 77
Kursus Psychological First Aid (PFA)
Psychological First Aid (PFA) adalah satu
intervensi sokongan komuniti yang
digunakan selepas bencana/krisis atau
keganasan. Kursus ini diadakan pada 26
hingga 28 Julai 2021 secara dalam talian
bertujuan untuk memberi pendedahan
pengetahuan dan kemahiran kepada
peserta dalam membantu menyampaikan
perkhidmatan, bantuan praktikal dan
sokongan sosial kepada individu/klien.
Seramai 39 orang peserta telah
menghadiri kursus ini yang terdiri daripada
Pegawai Pembangunan Masyarakat,
Penolong Pegawai Pembangunan
Masyarakat, Pembantu Pembangunan
Masyarakat, Skim S daripada lain-lain
jabatan/agensi berkaitan, pengamal
sosial, pekerja sosial dan Badan Bukan
Kerajaan (NGO). Tempoh pelaksanaan
kursus adalah selama 3 hari dan yuran
kursus berjumlah RM30.00.
LAPORAN TAHUNAN 2021 INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) 76