Page 75 - Laporan Tahunan ISM
P. 75
Kursus Piawaian Kompetensi Praktis Kerja Sosial
Kursus ini diadakan pada 16 hingga 26 Ogos 2021 secara dalam talian bertujuan untuk
meningkatkan kefahaman peserta tentang piawaian kompetensi kebangsaan praktis kerja sosial
dan memahami kompetensi generik dan spesifik serta mengaplikasikannya dalam amalan
kebajikan dan kerja sosial. Seramai 31 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri
daripada Pegawai/ Penolong Pegawai dan Pembantu Pembangunan Masyarakat Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM), pegawai/kakitangan Skim S dari jabatan/agensi berkaitan, Badan
Bukan Kerajaan (NGO) dalam bidang sosial. Tempoh pelaksanaan kursus adalah selama 46 jam
dan yuran kursus berjumlah RM50.00.
LAPORAN TAHUNAN 2021 INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) 74