Page 73 - Laporan Tahunan ISM
P. 73
Kursus Pemahaman Teori-Teori Sosial
Kursus ini telah dilaksanakan sebanyak dua (2) siri iaitu siri 1 pada 21 hingga 23 Jun 2021 dan
siri 2 pada 27 hingga 29 Julai 2021 secara dalam talian. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan
kefahaman dan pengetahuan peserta tentang teori-teori sosial serta mengenal pasti konsep
pendekatan teori-teori sosial yang sesuai dalam amalan praktis kerja sosial. Terbuka kepada
Pegawai Pembangunan Masyarakat, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, Pembantu
Pembangunan Masyarakat, Skim S daripada lain-lain jabatan/agensi berkaitan dan Badan Bukan
Kerajaan (NGO). Peserta bagi siri 1 adalah seramai 47 orang dan siri 2 juga seramai 47 orang.
Tempoh pelaksanaan kursus adalah selama 12 jam dan yuran kursus berjumlah RM30.00.
LAPORAN TAHUNAN 2021 INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM) 72