Page 76 - Laporan Tahunan ISM
P. 76
Kursus Neuro Linguistic
Psychotherapy (NLPt)
Practitioner untuk Pekerja
Sosial
Kursus ini diadakan secara
dalam talian sebanyak dua (2)
siri iaitu siri 1 pada 16 hingga 18
Februari 2021 dan siri 2 pada
21 hingga 23 Mac 2021. Kursus
ini bertujuan untuk memahami
kepentingan psikoterapi NLP
untuk mempertingkatkan diri
dari aspek pemikiran, emosi,
komunikasi serta hubungan
dengan masyarakat agar dapat
melaksanakan tugas dengan
lebih berkesan terutama dalam
konteks kerja sosial. Peserta
yang menghadiri kursus ini
adalah seramai 77 orang
peserta pada siri 1 dan 76
orang peserta pada siri 2 yang
terdiri daripada Pegawai
Pembangunan Masyarakat,
Penolong Pegawai
Pembangunan Masyarakat,
Pembantu Pembangunan
Masyarakat, Skim S daripada
lain-lain jabatan/agensi
berkaitan dan NGO dalam
bidang sosial. Tempoh
pelaksanaan kursus adalah
selama 3 hari dan yuran kursus
berjumlah RM30.00.
75 LAPORAN TAHUNAN 2021 INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)