Page 82 - Laporan Tahunan ISM
P. 82
International Social Development Conference (ISDC) dengan Universiti Utara Malaysia
(UUM)
International Social Development Conference (ISDC) merupakan kolaborasi Institut Sosial
Malaysia (ISM) bersama institusi pengajian tinggi sebagai satu platform untuk meneroka isu-isu
psikososial individu, keluarga dan masyarakat serta membincangkan inisiatif terkini dalam
pelbagai disiplin dalam perkhidmatan sosial bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat.
Program ini telah diadakan pada 11 hingga 12 Ogos 2021 secara dalam talian. Seramai 331
orang peserta telah menghadiri program ini yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan,
pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS), NGOs dan pensyarah universiti
dari dalam dan luar negara.
81 LAPORAN TAHUNAN 2021 INSTITUT SOSIAL MALAYSIA (ISM)