Page 192 - Laporan Tahunan PERHILITAN 2020
P. 192

PUSAT SANTUARI BUAYA TEMBAGA SUNGAI LINGGI,
               NEGERI SEMBILAN
               SUNGAI         LINGGI        ESTUARINE           CROCODILE            SANTUARY

               CENTER, NEGERI SEMBILAN




               Jabatan PERHILITAN dalam perancangan untuk menubuhkan Pusat Santuari Buaya Tembaga di Sungai
               Linggi, Negeri Sembilan di atas tanah berstatus milikan Negeri seluas 3.45 ekar untuk digazetkan di bawah
               seksyen 47, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716] yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri pada
               20 Ogos 2020. Cadangan Santuari Buaya ini terletak di kawasan Sungai Linggi, Daerah Port Dickson, Negeri
               Sembilan yang merupakan pertemuan antara dua sungai di Negeri Sembilan iaitu Sungai Linggi dan Sungai
               Timun yang bersempadanan dengan Negeri Melaka.

               Kajian awal yang telah dijalankan oleh pihak Jabatan PERHILITAN mendapati terdapat populasi buaya
               tembaga di sungai tersebut. Pusat ini akan menjadi satu tarikan yang istimewa dimana ia merupakan
               satu-satunya kawasan di Malaysia yang menjalankan aktiviti pemuliharaan habitat buaya dan pembiakan
               spesies terancam ini secara semulajadi.

               Peruntukan sebanyak RM200,000 telah diperolehi daripada Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan untuk
               proses lantikan perunding bagi Kajian Pelan Induk Pembangunan Ekopelancongan bagi Pusat Santuari
               Buaya Tembaga di Sungai Linggi. UPM Consultancy & Services Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai perunding
               pada 20 November 2020 untuk menjalankan kajian tersebut selama 9 bulan yang bermula pada  1 Disember
               2020 hingga 31 Ogos 2021.

               PERHILITAN is planning to set up an Estuarine Crocodile Sanctuary Center in Sungai Linggi, Negeri Sembi-
               lan on 3.45 acres of State-owned land to be gazetted under section 47, Wildlife Conservation Act 2010 [Act
               716] which was approved by the State Government on 20 August 2020. The proposed Estuarine Crocodile
               Sanctuary is located in the area of Sungai Linggi, Port Dickson District, Negeri Sembilan which is a meeting
               point between two rivers in Negeri Sembilan, namely Sungai Linggi and Sungai Timun which borders the
               State of Melaka.

               Preliminary studies conducted by the Department found that there are sizeable Estuarine crocodile popula-
               tions that exist naturally in the river. The establishment of this centre will be a special attraction since it is the
               only area in Malaysia that carries out in-situ crocodile habitat conservation activities and breeding of this
               endangered species.

               An allocation of RM 200,000.00 was obtained from the Negeri Sembilan Tourism Board for the process of
               appointing a consultant for the Ecotourism Development Master Plan Study for the Estuarine Crocodile
               Sanctuary Centre in Sungai Linggi. UPM Consultancy & Services Sdn. Bhd. was appointed as a consultant on
                                                                       st
                                                                                           st
               20 November 2020 to conduct the study for 9 months starting from 1   December 2020 until 31   August 2021.








          186   LAPORAN TAHUNAN 2020
                JABATAN PERHILITAN SEMENANJUNG MALAYSIA
   187   188   189   190   191   192   193   194   195   196   197