Page 195 - Laporan Tahunan PERHILITAN 2020
P. 195

PROJEK PEMBANGUNAN TREE TOP WALKWAY DI TAMAN
               NEGARA PAHANG, SG RELAU

               TREE TOP WALKWAY DEVELOPMENT PROJECT IN TAMAN
               NEGARA PAHANG, SG RELAU




               Kawasan pelancongan Taman Negara Pahang di Sungai Relau merangkumi anggaran keluasan 10 km
               persegi. Sungai Relau adalah pintu masuk kedua ke Taman Negara Pahang dan ianya popular dikalangan
               pendaki Gunung Tahan.
               Kejayaan Jabatan PERHILITAN menarik pelancong ke Taman Negara menerusi pintu masuk Kuala Tahan
               menyebabkan kawasan tersebut melebihi had daya tampung (carrying capacity). Kedatangan pelancong
               yang ramai memang digalakkan, tetapi dalam masa yang sama pengekalan sumber alam semulajadi amat
               perlu dititikberatkan. Untuk mengelakkan kesan yang lebih teruk kepada sumber semulajadi yang sedia ada,
               Jabatan telah berusaha mengalihkan kemasukan pelancong ke kawasan lain di Taman Negara.


               Projek Pembangunan Tree Top Walkway  ini berada dalam fasa akhir pembinaan dan dijangka siap serta
               dibuka kepada pelancong pada tahun 2021. Kos keseluruhan projek adalah sebanyak RM 17,000,000
               menerusi Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11). Perancangan kemudahan dan aktiviti baharu di
               kawasan ini dilihat mampu menjana ekonomi khususnya kepada masyarakat setempat.

               The Pahang National Park tourism area in Sungai Relau covers an estimated area of 10 sq km. Sungai Relau
               is the second entrance to the Pahang National Park and it is popular among climbers of Gunung Tahan.

               The success of the Department in attracting tourists to Taman Negara through the Kuala Tahan entrance
               has caused the area to exceed the carrying capacity limit. The influx of tourists is encouraged, but at the
               same time the preservation of natural resources is crucial to be taken into account. To avoid further adverse
               effects on existing natural resources, the Department had initiate effort to divert the flood of tourists to other
               areas in the National Park.
               The Tree Top Walkway Development Project is in the final phase of construction and is expected to be
               completed and opened to tourists in 2021. The total allocation cost of this project is RM 17,000,000.00
               through the Eleventh Malaysia Plan (RMKe-11). Planning of new facilities and activities in this area is project-
               ed to be able to generate economy, that will benefit the local community.



















                                                                                  LAPORAN TAHUNAN 2020   189
                                                                                 JABATAN PERHILITAN SEMENANJUNG MALAYSIA
   190   191   192   193   194   195   196   197   198   199   200