Page 13 - PIBGkali462019
P. 13
LAPORAN TAHUNAN PIBG SK ASSUNTA CONVENT 2018/2019
Dalam Mesyuarat Agung ke-45 yang telah diadakan pada 31 Mac 2018 (Sabtu), tidak diadakan
pemilihan ahli jawatankuasa baharu. AJK lama masih diperlukan dan diberi mandat dalam
jawatankuasa PIBG bagi sesi 2018/2019.
Sepanjang sesi 2018/2019, mesyuarat AJK PIBG telah diadakan sebanyak lima kali dan
beberapa sesi perbincangan dengan pihak sekolah telah diadakan. Antara perkara penting yang
dirancang ialah aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang sesi 2018/2019.
Antara aktiviti-aktiviti dan program-program yang telah dijalankan sepanjang tahun
2018/2019 (PIBG bersama sekolah) ialah:
Orientasi Tahun 1
Acara Merentas Desa
Sukantara
Kejohanan Balapan dan Padang
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-45 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR 2017
Majlis Penyampaian Watikah Pemimpin Kecil SKAC
Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa dan Penjaga Tahun 6 (3 kali setahun)
Sambutan Hari Guru peringkat sekolah
Karnival Sukan dan Permainan
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform
Pelancaran Program Nilam / Program Jom Membaca / Pelancaran Frog VLE
Sambutan Hari Raya peringkat sekolah
Majlis Titipan Ilmu
Majlis Anugerah Kecemerlangan
Program Kecemerlangan UPSR / Teknik Menjawab UPSR
Kem Bestari Solat / Kem Celik Jawi
Solat Hajat Perdana
Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah
Sambutan Kemerdekaan
Sambutan Maulidur Rasul
Majlis Khatam Al-Quran / Program Ihya’ Ramadan
Program Guru Penyayang / Program Jom ke Sekolah
Program Pencinta Alam
Program Jom Makan Sayur dan Buah-Buahan
Program Cergas Minda
13