Page 8 - PIBGkali462019
P. 8
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45 2018/2019
SEKOLAH KEBANGSAAN ASSUNTA CONVENT, KUANTAN
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
Tarikh : 31 Mac 2018 (Sabtu)
Hari : Sabtu
Masa : 8.15 pagi
Perasmi : Dato’ Sri Haji Ab Hamid bin Mohd Nazahar SSAP.,DSAP.,DIMP.,PKT
Tempat : Dewan Gemilang SK Assunta Convent
Kehadiran : ( Lihat lampiran A )
AGENDA 1 – UCAPAN ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG SK ASSUNTA CONVENT
1.1 YDP mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa dan guru-guru pada
mesyuarat PIBG kali ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kerana dengan kerjasama semua
pihak, PIBG telah berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2017 dan berharap agar
ibu bapa terus memberikan komitmen dan sokongan kepada pihak sekolah untuk menjayakan semua
aktiviti pada masa akan datang.
AGENDA 2 – PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-44
2.1 Minit Mesyuarat Agung Kali ke-44 diterima tanpa pindaan
Disahkan oleh Pn Yasmin bt Aman
Disokong oleh En Jamaluddin bin Abu Bakar
AGENDA 3 – PEMBENTANGAN LAPORAN JAWATANKUASA PIBG 2017/2018
3.1 Puan Irnita bt Idris, Setiausaha PIBG telah membentangkan aktiviti-aktiviti yang berjaya
dijalankan sepanjang sesi 2017/2018. Antara aktiviti-aktiviti dan program-program yang telah
dijalankan sepanjang tahun 2017/2018 ( PIBG bersama sekolah ) ialah:
Orientasi Tahun 1
Acara Merentas Desa
Sukantara
Kejohanan Balapan dan Padang
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-44 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR 2017
8