Page 4 - PIBGkali462019
P. 4

Kata Alu-aluan Guru Besar









                Alhamdulillah , syukur ke hadrat Allah S.W.T dengan izin dan limpah kurnia dan rahmatNya,
        kita dapat bersama-sama berkumpul dan berbincang untuk kejayaan anak-anak dalam Mesyuarat
        Agung PIBG Kali Ke-46 2019. Kehadiran para ibu bapa amat dihargai dan disanjung tinggi serta besar
        ertinya kepada pihak sekolah sebagai tanda sokongan dan komitmen terhadap sekolah ini.



                Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang
        telah berusaha dengan ikhlas dan dedikasi untuk meningkatkan prestasi sekolah ini. SK Assunta Con-
        vent sentiasa berusaha merancang dan mengadakan pelbagai aktiviti pada setiap tahun demi memas-
        tikan pembangunan sekolah ini meningkat dan membawa kebaikan kepada warga sekolah. Kejayaan
        demi kejayaan telah diterokai oleh warga sekolah baik dalam bidang akademik mahu pun kokuriku-
        lum. Semua kejayaan ini adalah hasil daripada kesepaduan muafakat bersama. Suntikan semangat
        kejayaan dan kecemerlangan anak-anak terletak pada kita semua.


                Sesungguhnya gabungan usaha, kerjasama dan komitmen daripada semua pihak amat penting
        untuk memastikan anak-anak dapat menempuh gelombang perubahan yang sentiasa diduga dengan
        pelbagai karenah dan cabaran. Oleh itu,sokongan dan sumbangan PIBG sekolah ini dari segi material
        mahu pun idea-idea yang bernas , sokongan moral yang merupakan nadi penggerak dalam semua
        aktiviti pendidikan dan pembangunan prasarana sekolah telah banyak memberi peranan dalam
        meningkatkan prestasi dan kecemerlangan sekolah dalam pelbagai bidang.


                Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak
        terhingga kepada AJK PIBG Sesi 2017/2018, guru-guru, ibu bapa dan   semua pihak yang terlibat men-
        jayakan Mesyuarat Agung PIBG SK Assunta Convent Kali Ke–46. Semoga usaha kita akan direstui dan
        mendapat keredhaan Allah S.W.T.



         Sekian, terima kasih.
          PN HAJAH NOR HAYATI BINTI ABD MALIK

          Guru Besar

          SK Assunta Convent












                                                            4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9