Page 5 - PIBGkali462019
P. 5

Kata Alu-aluan Yang Dipertua Pibg





                                Salam Sejahtera & Salam Satu Malaysia

                Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kerana dapat saya
        coretkan sepatah dua kata dalam buku program ini sempena mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 2019.



                Peranan dan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa dan guru semakin hari semakin mencabar
        dan corak didikan kini memerlukan titik perubahan yang melibatkan semua pihak.  Oleh itu,
        Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) harus memulakan langkah mencorak perubahan agar dapat
        memainkan peranan yang berkesan bagi  memacu dan melonjakkan kecemerlangan pendidikan di SK
        Assunta Convent. Bagi pihak PIBG pembangunan bukanlah hanya dalam bentuk fizikal dan
        infrastruktur sahaja, tetapi aspek pembangunan modal insan juga amat dititikberatkan. Ibu bapa juga
        harus mempersiapkan diri agar sumbangan dan idea yang dicurahkan sentiasa relevan dengan
        keperluan pendidikan masa kini dan seterusnya dapat memastikan  anak–anak kita dilengkapkan
        dengan  ilmu dan kemahiran yang tinggi  dalam pelbagai bidang,



                Dalam usaha menjamin kecemerlangan pendidikan, adalah diharapkan agar guru-guru dapat
        mengambil inisiatif untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka di sekolah. Namun,
        penglibatan ibu bapa dan penjaga dalam aktiviti serta kegiatan yang dianjurkan oleh PIBG juga amat
        penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah.  PIBG merupakan saluran perantaraan
        komunikasi antara guru-guru dan ibu bapa atau penjaga. Maka  amat wajarlah kerjasama ini dibina
        berasaskan kemuliaan dan kesucian hati. Oleh itu, sebagai ibu bapa ,kita harus sentiasa menyokong
        para guru agar mereka lebih bermotivasi untuk menjayakan misi dan visi sekolah.



                Akhir kata, saya menaruh sepenuh kepercayaan dan harapan kepada barisan  peneraju PIBG
        sesi 2019 untuk menyumbangkan usaha dan tenaga   ke arah mencapai  kecemerlangan yang kita cita
        -citakan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dan kepercayaan yang
        diberikan kepada saya sebagai  Yang Dipertua pada tahun lepas.  Sesungguhnya segala harapan saya
        ini datangnya daripada hati saya yang ikhlas demi kemajuan anak-anak didik SK Assunta Convent .


          Sekian, terima kasih.

          (PROF. DATO’ DR SHANKAR A/L SAYAPATHI DIMP, AAP.)
          Yang Dipertua PIBG

          SK Assunta Convent











                                                            5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10