Page 10 - PIBGkali462019
P. 10

AGENDA 5 – PEMBENTANGAN, PERBAHASAN DAN PENERIMAAN USUL


        5.1    Usul pertama  dibawa oleh En Nazrin bin Norudin ( penjaga kepada Nur Nadhira Aliya – 4A)
        Beliau  meminta  agar  pihak  sekolah    memberi  perhatian  tentang  aktiviti  selepas  sekolah  kerana  ia
        mengganggu sesi persekolahan Kafa.

        * Pihak sekolah memaklumkan bahawa hanya murid yang terlibat sahaja akan datang ke sekolah pada
        waktu petang kerana aktiviti sekolah tidak boleh dibatalkan.



        5.2    Pn Norsuzilawati bt Md Nor (Nur Alia Damia bt Mohd Azhar  -1K) mencadangkan agar guru
        kelas  mewujudkan  whatsapp  group  untuk  ibu  bapa  bagi  kelas  masing-masing  bagi  tujuan
        memudahkan kedua pihak jika terdapat arahan/makluman terkini yang tidak sempat dimasukkan ke
        dalam buku komunikasi.
        * Pihak sekolah memberitahu bahawa chanel telegram satu hala akan diwujudkan dan untuk segala
        pertanyaan hendaklah menghubungi sekolah dengan menggunakan telefon sekolah.


        5.3    Pn Norsuzilawati bt Md Nor (Nur Alia Damia bt Mohd Azhar -1K) mencadangkan jadual pem-
        belajaran lebih terperinci agar murid tidak perlu membawa kesemua buku ke sekolah.
        *  Pihak  sekolah  memaklumkan  bahawa  almari  di  kelas  boleh  digunakan  untuk  menyimpan  buku  -
        buku murid yang tidak digunakan.


        5.4    AJK PIBG SK Assunta Convent mencadangkan agar pembelian buku kerja untuk murid tahap 1
        bagi mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi tahun 2019.

        *  Pihak sekolah bersetuju sebulat suara agar buku kerja dibeli untuk tahap satu bagi sesi 2019.

        5.5    AJK PIBG SK Assunta Convent mencadangkan agar pihak sekolah mengadakan Program “Book
        Giving Month” sepanjang bulan April setiap tahun sempena World Book Day.

        *  Pihak  sekolah  bersetuju  ia  dijadikan  sebagai  acara  tahunan    dan  seorang  murid  boleh  me-
        nyumbangkan sebuah buku kepada sekolah.



























                                                            10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15