Page 10 - Amanat Tahun Baharu Naib Canselor UM 2024
P. 10
Amanat Tahun Baharu Naib Canselor 2024
NAFAS BAHARU PELAN
STRATEGI REFORMASI
Dengan mengambil kira Pelan Tindakan Landasan Hala Tuju Pendidikan
Tinggi 2024 oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi, reformasi perubahan ini
akan diguna pakai.
Strategi Pelan Transformasi Universiti Malaya 2030 sebelum ini yang
mempunyai 25 Objektif, 60 Strategi, dan 157 Inisiatif tetap relevan tetapi
memerlukan pengemaskinian dengan nafas baharu bagi Universiti Malaya
memfokuskan strategi seperti berikut:
3 5 10 3 50 1
landasan Teras Pelan Tujahan : Fasa Sasaran Penyataan
utama Tindakan Baharu Peralihan Tindakan Baharu
Strategik
Kerangka strategi ini menggembleng tiga landasan utama, lima Teras
Pelan Tindakan Strategik, sepuluh Tujahan Baharu, tiga Fasa Peralihan,
lima puluh Sasaran Tindakan, dan satu Penyataan Baharu.
Maklumat terperinci mengenai strategi dan dasar reformasi baharu 3 –
5 – 10: 3 – 50 – 1 ini akan diberikan dalam masa terdekat dalam bentuk
penjelasan dan hala tuju terperinci.
10