Page 53 - Laporan Tahunan Universiti Malaya 2023
P. 53
BAB 04
Pembangunan PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN KOMUNITI
Masyarakat Ke
Arah Kemampanan
Komuniti Demi
Mencapai
Kesejahteraan Sejagat
Community Development Towards
Sustainable Communities for
Global Well-Being
Masyarakat dalam konteks ini merangkumi bukan sahaja warga
UM, tetapi juga melibatkan pelbagai lapisan komuniti tempatan
mahupun global. Pembangunan masyarakat dari segi akses kepada
pendidikan berkualiti, perkhidmatan sokongan kepada kebajikan
termasuk infostruktur dan infastruktur amat perlu bagi memupuk
budaya kemampanan dalam sesebuah komuniti. Usaha-usaha ini
adalah langkah penting bagi memastikan UM sebagai sebuah institusi
Pendidikan yang dapat menyumbang semula kepada kesejahteraan
sejagat.
Pendekatan dan strategi yang komprehensif dalam
membangunkan komuniti telah membuka telah membuka peluang
pembelajaran sepanjang hayat kepada komuniti di luar UM, malah
menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup. Kerjasama yang erat
antara individu, komuniti, dan semua pihak berkepentingan adalah
kunci untuk mencapai kesejahteraan sejagat pada masa hadapan.
Pembangunan Masyarakat Ke Arah Kemampanan Komuniti Demi Mencapai Kesejahteraan Sejagat 51