Page 57 - Laporan Tahunan Universiti Malaya 2023
P. 57

Pengurusan Infrastruktur dan Infostruktur secara Efektif

               Pembangunan  warga  kampus  adalah  agenda  paling  utama  dalam  memastikan  pelajar  mahupun  staf  dapat
               memberi sumbangan terbaik kepada UM. Sistem sokongan termasuk pengurusan infrastruktur dan infostruktur
               yang baik dapat menjamin keselesaan pelajar dan memastikan staf mempunyai akses yang cepat kepada sumber
               dan maklumat yang diperlukan untuk melaksanakan tugas. UM percaya  bahawa pengurangan masalah teknikal
               dan gangguan membolehkan meningkatkan produktiviti dan kreativiti warga kampus.
                   Selaras dengan itu, satu inisiatif untuk menggabungkan enam (6) sistem sedia ada kepada satu (1) system
               dikenali sebagai UMPoint. Sistem UMPoint ini masih dalam fasa Pembangunan dengan lima (5) milestone dari tahun
               2023 hingga 2025.                                                                                        PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN KOMUNITI

































                  Inisiatif Pengurusan dan Pengumpulan Data yang Tertumpu, Meningkatkan Kualiti
                  dan Keselamatan Data Organisasi

                  Pengurusan dan pengumpulan data yang tertumpu memberikan manfaat yang signifikan kepada staf, dari segi
                  kecekapan kerja. Ianya juga dapat menjamin keselamatan data serta membantu memudahkan proses penjanaan
                  dan menganalisa data. Oleh itu, Pusat Pengurusan Data dan Maklumat (PPDM)  di Bawah portfolio Timbalan Naib
                  Canselor (Pembangunan) telah diwujudkan bagi menjalankan fungsi tersebut.


























                                  Pembangunan Masyarakat Ke Arah Kemampanan Komuniti Demi Mencapai Kesejahteraan Sejagat  55
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62