Page 61 - Laporan Tahunan Universiti Malaya 2023
P. 61
Perkongsian Ilmu Bermanfaat kepada Komuniti untuk Menikmati Kehidupan yang
Berkualiti dan Sejahtera
Perkongsian ilmu bermanfaat kepada komuniti melibatkan penyebaran pengetahuan dan kemahiran yang dapat
meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Melalui program pendidikan, latihan, dan aktiviti sosial, individu dapat
belajar cara-cara untuk meningkatkan kesejahteraan. Ini dapat memperkukuh ikatan sosial dan mendorong
pertumbuhan komuniti yang lebih sejahtera dan harmoni.
Kesejahteraan Komuniti di Lokaliti
Berhampiran Kampus UM
Pusat Jalinan Masyarakat (UMCares) PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN KOMUNITI
bersama penyelidik telah mengadakan
tiga (3) program komuniti perdana yang
melibatkan lokaliti berhampiran Kampus
UM. Ianya berkonsep perkongsian ilmu
terutamanya cara untuk meningkatkan
kualiti hidup seperti berikut:
1. Program Kesejahteraan UM-
Inderaloka di Pangsapuri Indraloka,
Universiti Malaya.
2. Ke Arah Komuniti Berdaya Tahan:
Masyarakat Madani di Kampung
Kerinchi, Lembah Pantai.
3. Penuaan Sihat Untuk Warga Emas di
Petaling Jaya.
Pencetusan Idea Kreatif Melalui Konsep Do It
Yourself (DIY) antara Sekolah
Pertandingan DIY Made Simple 2023: Repurposing
Waste, Countering Cost of living dianjurkan UM dengan
usahasama Syarikat Mr DIY adalah pertandingan reka
cipta terbuka kepada semua sekolah menengah.
Lebih 400 penyertaan diterima dari 180 buah sekolah
seluruh Malaysia dan sebanyak 16 buah sekolah telah
layak ke peringkat akhir.
Pemenang tempat pertama dimenangi oleh SMK St.
Anthony (Sarawak), tempat kedua SMK Kunak Jaya
(Sabah) dan tempat ketiga SM Sains Sultan Iskandar
(Johor)
"UM akan terus komited dalam memperjuangkan pemindahan ilmu dan teknologi maklumat kepada
masyarakat setempat- UMCARES"
Profesor Madya Dr. Amer Siddiq Amer Nordin
Pengarah UMCARES
Pembangunan Masyarakat Ke Arah Kemampanan Komuniti Demi Mencapai Kesejahteraan Sejagat 59