Page 63 - Laporan Tahunan Universiti Malaya 2023
P. 63
Perkhidmatan Kesihatan Terbaik – Pusat Perubatan Universiti Malaya
PPUM sememangnya dikenali sebagai Hospital pengajaran terkemuka di Malaysia dengan rangkaian terintegrasi
penyelidik klinikal yang berpengalaman dan kumpulan subjek yang besar.
Memimpin Penyelidikan di Asia Pasifik sebagai Organisasi Pengurusan
Tapak (SMO) yang memiliki kemampuan global dalam menyediakan
perkhidmatan, memastikan keselamatan pesakit dan kredibiliti saintifik
dalam Ujian Klinikal.
Clinical Investigation
Centre merupakan bahagian khusus untuk menjalankan penyelidikan PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN KOMUNITI
klinikal mengikut piawaian global Good Clinical Practice (GCP), Prosedur
Operasi Standard, Garis Panduan Peraturan dan Jaminan Kualiti.
PPUM adalah hospital pertama di Malaysia yang memperolehi akreditasi
pensijilan ISO/IEC 27001:2013 (ISMS) daripada SIRIM QAS International Sdn.
Bhd bagi tempoh tiga (3) tahun mulai 28 Mac 2022 sehingga 27 Mac 2025.
PPUM juga telah dinobatkan sebagai pemenang Hospital Management Awards (HMA) 2023
di dalam majlis Gala Dinner Hospital Management Awards (HMA) 2023. HMA merupakan
platform yang mempromosikan amalan terbaik bagi industri kesihatan dan penjagaan
pesakit di peringkat antarabangsa terutamanya di negara-negara Asia
Bantuan perubatan kepada pesakit yang kurang berkemampuan
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) melalui Jabatan Kerja Sosial Perubatan
turut berperanan membantu masyarakat dalam memberikan perkhidmatan kerja sosial kepada pesakit. Ini bagi
membantu meringankan beban pesakit yang kurang berkemampuan.
Penilaian Biopsikososial Bimbingan & Nasihat Bantuan Praktik Intervensi Krisis
5,039 kes 2,985 kes 1,755 kes 836 kes
Bantuan Kewangan Kaunseling Sokongan Terapi Perancangan Discaj
3,733 kes 2,641 kes 967 kes
Pembangunan Masyarakat Ke Arah Kemampanan Komuniti Demi Mencapai Kesejahteraan Sejagat 61