Page 64 - Laporan Tahunan Universiti Malaya 2023
P. 64
Usaha Memapankan Kesihatan di Peringkat Komuniti
Program Jangkauan Komuniti, Health Outreach Programme and Education (HOPE@PPUM) adalah inisiatif PPUM
PEMBANGUNAN MASYARAKAT DAN KOMUNITI
memfokuskan golongan B40 di bandar dan luar bandar yang sukar untuk mendapat akses kepada fasiliti kesihatan.
Dengan tujuan melestarikan kesejahteraan dan kesedaran kesihatan, program ini membawa harapan kepada
masyarakat melalui pendidikan dan perkhidmatan kesihatan yang inklusif. PPUM telah menjalankan aktiviti di
beberapa buah negeri meliputi 38 jangkauan komuniti.
HOPE@PPUM juga turut menjalankan melawat 13 kawasan Lembah Klang dan 15 kawasan Luar Lembah
klang dengan penerima manfaat seramai 5,165 di seluruh Malaysia.
9 Negeri
38 Lokasi seluruh negara
5,165 Penerima manfaat secara kumulatif
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang
program adalah pemeriksaan kesihatan
untuk menyaring penyakit-penyakit bukan
berjangkit atau Non-communicable
diseases seperti index jisim tubuh
(BMI), tekanan darah (hipertensi), paras
gula dalam darah (diabetes) dan tahap
kolesterol, dan juga menyaring untuk
mengenal pasti penyakit-penyakit
tertentu seperti ENT (kanser nasofaring),
kanser payudara dan serviks, komplikasi
diabetes seperti penyakit jantung (heart
failure) dan kelainan mata (retinopathy).
Selain itu, PPUM telah menjalankan
aktiviti home visit iaitu lawatan ke rumah
pesakit bagi menjalankan saringan dan
memberi rawatan asas serta nasihat
penjagaan kesihatan kepada pesakit
terlantar/ paliatif serta keluarga pesakit
di kediaman masing-masing berdasarkan
keperluan penduduk dilkawasan tersebut.
Program HOPE@PPUM ini dirancang
untuk diadakan pada setiap tahun
berdasarkan peruntukan dan permohonan
yang diterima oleh PPUM.
62 Laporan Tahunan Universiti Malaya 2023