Page 69 - Laporan Tahunan Universiti Malaya 2023
P. 69

Raikan



               Kepelbagaian                                                                                             KEMAMPANAN


               dan Inklusiviti








               Aspirasi  kepelbagaian  dan  inklusiviti  telah  menjadi
               aspek  penting  strategi  jangka  panjang  Universiti
               yang  berpandukan  keunikan  budaya  kampus  yang
               tersendiri.  Dengan  memperluaskan  akses  peluang
               kepada  kumpulan  yang  memerlukan  seperti  orang
               kurang upaya (OKU) dan kumpulan B40,  Universiti
               menyediakan  lebih  banyak  inisiatif    sepanjang  tahun
               2023  seperti  bantuan  makanan, food bank, kupon
               makanan, bantuan kewangan, biasiswa, pengurangan
               yuran pengajian  dan  kaunseling percuma kepada
               seluruh komuniti kampus terutamanya individu
               kurang Upaya.
                   Selain  itu,  Universiti  turut  mengambil  peranan
               penting  dalam  menawarkan  peluang  pendidikan
               berkualiti  dunia  kepada  pelajar  yang  kurang
               berkemampuan  dari  negara-negara  berpendapatan
               rendah dan pertengahan rendah. Kepekaan Universiti
               terhadap cabaran yang dihadapi oleh pelajar Palestin,
               terutamanya  mereka  yang  terjejas  secara  langsung
               oleh konflik di negara tersebut, menjadi bukti komitmen
               mereka terhadap kemanusiaan.
                   Dalam  satu  tindakan  yang  bermakna,  Universiti
               mengenakan  pengecualian  yuran  selama  satu
               tahun kepada pelajar Palestin.  Keputusan  ini,  yang
               merupakan satu simbol solidariti yang sejajar dengan
               pendirian Kementerian Pengajian Tinggi.
                   Dengan  langkah-langkah  proaktif  ini,  UM  terus
               memainkan  peranan  penting  dalam  memupuk
               persekitaran pendidikan yang inklusif dan memastikan
               bahawa setiap individu mempunyai peluang yang sama
               untuk  mencapai  kejayaan  akademik  dan  berkongsi
               ilmu pengetahuan tanpa mengira latar belakang.
















                                                                                                             67
   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74