Page 72 - Laporan Tahunan Universiti Malaya 2023
P. 72
Model Kampus Bandar yang Mampan
KEMAMPANAN MERANGSANG PERTUMBUHAN DIGITAL DI KAMPUS BAGI SGDs
MENINGKATKAN PRODUKTIVITI
Melalui Bring Your Own Device (BYOD) program, pihak pengurusan UM
membenarkan tuntutan pembelian komputer riba peribadi sehingga
RM3,500 untuk setiap individu yang layak. Langkah ini bertujuan untuk
meningkatkan keupayaan digital dalam kalangan warga UM. Pada tahun
2023, 900 kakitangan telah memperoleh manfaat daripada program ini.
PEMBUDAYAAN INKLUSIF MELIPUTI SEMUA LAPISAN
MASYARAKAT
Dalam usaha membangunkan kampus yang mampan, Universiti Malaya
komited memastikan semua warganya mendapat kemudahan terbaik.
Penyediaan laluan pejalan kaki mesra Orang Kelebihan Upaya (OKU) di
seluruh kampus bertujuan memudahkan akses dan pergerakan. Pendekatan
inklusif ini mencerminkan nilai tanggungjawab sosial universiti dalam
mewujudkan persekitaran yang mesra untuk semua.
KEMUDAHAN DAN FASILITI TERBAIK
Universiti Malaya menyediakan kemudahan terbaik bagi menyokong aktiviti
kokurikulum, membolehkan individu mengembangkan bakat dan minat
di luar bilik darjah. Dengan ruang latihan dan kemudahan sukan moden di
Pusat Sukan, Padang Varsiti dan sebagainya, UM menawarkan platform ideal
untuk warganya terlibat dalam sukan, seni, dan kelab akademik, sekaligus
membentuk kepimpinan dan semangat kerjasama.
70 Laporan Tahunan Universiti Malaya 2023