Page 73 - Laporan Tahunan Universiti Malaya 2023
P. 73

Pembangunan Kemahiran Insaniah, Mencungkil Potensi dan Daya Saing Mahasiswa

               Y.B  Menteri  Pendidikan  Tinggi  dalam  perutusan  Tahun  Baharu  2023  telah  menggariskan  salah  satu  fokus
               utama untuk membangunkan Negara Madani adalah dengan memperkasa mahasiswa. Penglibatan mahasiswa
               dalam  badan  berkempimpinan,  badan  berunifom  dan  badan  mahasiswa  yang  berdaftar  membantu  mereka
               mengembangkan kemahiran komunikasi, kerja berpasukan, kepimpinan, penyelesaian masalah, dan kemahiran    KEMAMPANAN
               interpersonal.
                   Pada tahun 2023 sebanyak 883 program telah dilaksanakan oleh mahasiswa sama ada di kolej kediaman
               maupun di fakulti. Antara program terbesar di pringkat universiti termasuk Penganjuran Universiti Malaya Week of
               Welcome (UM-WOW) dan Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM).





                         Skop Program yang dilaksanakan                 Skop Program yang dilaksanakan

                                            KESENIAN &
                              SOSIAL        KEBUDAYAAN
                                           8%       KEUSAHAWANAN         620          144
                                   11%          4%                                                   76
                KEAGAMAAN &
                 KEROHANIAN                                              Universiti  Kolej Kediaman  Kebangsaan
                              12%
                                       883                AKADEMIK               25           18

                                    Jumlah program
                             14%     dilaksanakan                             Antarabangsa   Negeri
                     SUKAN                        36%


                                    15%

                   KESUKARELAWANAN




               Keusahawanan

               Budaya keusahawanan penting untuk dipupuk dan disokong bagi memastikan mahasiswa   Milikan Tunggal
               berinovasi dan kreatif dalam perniagaan. Oleh itu, Seketariat Keusahawanan UM ditubuhkan
               untuk memberi bimbingan dan menyokong mahasiswa yang berminat dengan keusahawanan.     5
                   Antara  program  yang  dilaksanakan  ialah  UMPreneur  Expo  &  Fair,  IdeaLab@HEP  dan
               Bengkel Kepimpinan Keusahawanan, manakala terdapat tujuh (7) pertandingan yang telah
               diturut serta oleh mahasiswa dalam peringkat universiti dan  kebangsaan.
                   Terdapat juga enam (6) Ruang Niaga Student Mall yang boleh diguna pakai oleh mahasiswa   Perkongisan
               dan alumni. Sudut ini sesuai untuk gerai makanan dan minuman, percetakan, cenderamata,   10
               runcit dan wellness lounge untuk tempat bersenam atau bersantai.
                   Setakat  ini,  UM  mempunyai  tujuh  belas  (17)  Syarikat  Pemula  mahasiswa  yang
               mengusahakan  perniagaan  perkhidmatan,  makanan  dan  pendidikan.  Pada  tahun  2023,
               terdapat lima (5) Syarikat pemula yang telah Berjaya ditubuhkan, iaitu kenaikan sebanyak 6%
               berbanding tahun lepas. Bagi memastikan syarikat pemula ini mematuhi undang-undang dan   Syarikat Sdn Bhd
               beroperasi mengikut garis panduan yang ditetapkan, Pusat Keusahawanan UM, menggalakkan   10
               syarikat ini berdaftar dengan Syarikat Malaysia (SSM). Setakat ini lapan (8) Syarikat pemula ini
               telah mendaftar dengan SSM.





                                                                                                             71
   68   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78