Page 71 - Laporan Tahunan Universiti Malaya 2023
P. 71

Model Kampus Bandar yang Mampan



                                                                                               SGDs                     KEMAMPANAN

                UM SMART CAMPUS
                UM Smart Campus adalah inisiatif untuk menjadikan UM sebagai kampus
                pintar dan lestari seiring dengan UM Transformation Plan 2021-2030. Dengan
                menggunakan teknologi terkini dalam pengurusan sumber, ia memudahkan
                interaksi  antara  pelajar  dan  staf.  Sistem  pintar  ini  mampu  menyokong
                proses pendidikan dan penyelidikan dan matlamat pembangunan mampan
                di  samping  mencerminkan  identiti  universiti  sebagai  peneraju  inovasi
                pendidikan dan penyelidikan.


                PROJEK PEMASANGAN SISTEM SOLAR PHOTOVOLTAICS (BIPV)
                UNTUK SELURUH KAMPUS INDUK
                Projek ini dijalankan di bawah Program Self Consumption (SELCO) ATAU
                Net  Energy  Metering  Government  Ministries  and  Entities  (NEM  GoMEn).
                BIPV bukan sahaja menghasilkan elektrik bersih tetapi turut menyumbang
                kepada pembangunan bangunan tenaga bersih-sifar.


                PEMBUDAYAAN DAN KHIDMAT MASYARAKAT MELALUI PROJEK
                JALINAN MASYARAKAT & GERAN KOMUNITI KAMPUS

                Selain  daripada  sejumlah  RM  62,850  yang  telah  disalurkan  kepada
                penyelidik  UM  merangkumi  6  projek  jalinan  komuniti,  Universiti  turut
                komited memperuntukan sebanyak RM 93,000 geran penyelidikan untuk
                penyelidikan  berobjektifkan    penambahbaikan  sistem  infrastruktur  dan
                kemudahan dalam kampus.


                UM GREENBELT TASIK VARSITI

                Universiti Malaya Greenbelt Tasik Varsiti adalah inisiatif yang menggabungkan
                keindahan  alam  dengan  komitmen  terhadap  Matlamat  Pembangunan
                Mampan (SDG). Ruang ini bukan sahaja menawarkan persekitaran segar bagi
                warga universiti, tetapi juga memelihara biodiversiti dan habitat flora serta
                fauna tempatan. Melalui aktiviti pendidikan dan penyelidikan, Greenbelt ini
                berperanan dalam mencipta generasi yang peka terhadap isu alam sekitar
                dan bertanggungjawab terhadap pemeliharaan bumi.



                COLLABORATIVE LEARNING AREA (CoLA)
                Collaborative Learning Area (CoLA) di Perpustakaan Utama menyediakan
                ruang belajar yang selesa dan fleksibel. Direka bentuk untuk menyokong
                pembelajaran aktif, warga UM boleh memilih suasana pembelajaran atau
                kerja  yang  lebih  privasi  atau  bekerja  secara  berkumpulan  menggunakan
                infrastruktur  yang  telah  disediakan.  Inisiatif  ini  adalah  bagi  menyokong
                dalam pencetusan idea yang lebih kreatif dan inovatif.






                                                                                                             69
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76