Page 143 - KPKM
P. 143
LAPORAN TAHUNAN ‘23 | 142
MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) KPKM
BPSM selaku urus setia MBJ Kementerian telah mengadakan
Mesyuarat MBJ Bil. 1 Tahun 2023 pada 10 Mac 2023 di Hotel
Everly, Putrajaya dan mesyuarat ini merupakan mesyuarat MBJ
pertama yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Lokman Hakim
Ali setelah dilantik sebagai Ketua Setiausaha KPKM. Mesyuarat
MBJ Bil. 2 pula telah diadakan di Bilik Gerakan, Aras 7, Wisma
Tani pada 20 Oktober 2023 yang turut dipengerusikan oleh
YBhg. Datuk KSU manakala Mesyuarat MBJ Bil. 3 telah diadakan
pada 20 Disember 2023 di Movenpick Hotel & Convention Mesyuarat MBJ Bil. 1 2023
Centre dan dipengerusikan oleh YBhg. Datuk TKSU (D).
Kerjasama yang menyeluruh di antara Pihak Pengurusan
Kementerian dan Pihak Pekerja dalam mengemukakan
pendapat dan menyelesaikan isu-isu setempat serta
menyumbang idea-idea bernas telah berjaya meningkatkan
keberkesanan forum MBJ.
Mesyuarat MBJ Bil. 2 2023
Selain itu, BPSM sentiasa komited untuk memastikan KPKM mencapai KPI HRMIS dan selaku Pentadbir
HRMIS untuk Kementerian serta jabatan dan agensi di bawahnya, beberapa siri bengkel dan program
juga telah diadakan iaitu :
Bil. Nama Program/Kursus Tarikh
1. Mesyuarat Jawatankuasa Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia 21 Sept
2. Bengkel Sharing HRMIS Application Knowledge & Experience Share Bil 1/2023 28 Feb
3. Bengkel Pengenalan HRMIS 25 Mei
4. Bengkel Sharing HRMIS Application Knowledge & Experience Share Bil 2/2023 14 Sept
5. Bengkel Sharing HRMIS Application Knowledge & Experience Share Bil 4/2023 12 Disember