Page 148 - KPKM
P. 148
147 | LAPORAN TAHUNAN ‘23
PROGRAM KESIHATAN DAN KECERGASAN
Bertemakan “Fitness And Mind Right @ Wellness”, Program Kesihatan
dan Kecergasan Fizikal telah diadakan selama tiga (3) hari bermula
pada 19 hingga 21 Oktober 2023. Program ini merupakan program
tahunan bagi menyokong bulan sukan negara dan Agenda
Nasional Malaysia Sihat (ANMS) bagi merealisasikan hasrat
Kerajaan dalam melahirkan rakyat Malaysia yang sihat sejahtera
menerusi pembudayaan hidup sihat dari aspek fizikal dan mental.
Program Klinik Kayak di Pusat Rekreasi Air
Sisiran Floria Putrajaya.
Pada hari kedua, pihak Kementerian telah bekerjasama
dengan pihak KKM bagi mengadakan pameran yang
memberi tumpuan kepada kempen amalan tidak
merokok dan pemakanan sihat, serta perkhidmatan
saringan kesihatan secara percuma. Selain itu, empat
(4) sesi ceramah dari KKM turut diadakan dengan topik
penyakit tidak berjangkit (NCD), amalan pemakanan
sihat, persekitaran tempat kerja sihat, dan amalan gaya
hidup sihat.
Barisan urus setia Bersama Dr. Malar Santhi.
Pada hari pertama program, beberapa slot aktiviti
psikologi telah diadakan di Dewan Serbaguna KPKM
melibatkan sesi ceramah berkenaan kekeluargaan serta
tips keibubapaan. Terdapat juga penampilan khas oleh
Dr. Malar Santhi dengan perkongsian bertajuk “Burn Out;
How to beat it?”
Peserta berkumpul di checkpoint terakhir semasa mini
marathon.
Pada hari terakhir, program Klinik Kayak dijalankan di
Pusat Rekreasi Air Sisiran Floria Putrajaya dengan sesi
menarik berkaitan kayak termasuk Modul Pengenalan
Asas Kayak, Water Confidence, Sesi Praktikal Kayak, Mini
Marathon sejauh 4km serta Mini Race melibatkan semua
peserta.
Peserta didedahkan dengan teknik senaman yang
betul dalam slot gaya hidup sihat.