Page 146 - KPKM
P. 146

145  |  LAPORAN TAHUNAN ‘23




          MAJLIS MERAI BUDI MENGENANG JASA TAHUN 2023

          Majlis Merai Budi Mengenang Jasa Tahun 2023 anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan
          Makanan (KPKM) adalah untuk meraikan pesara bagi tahun 2023. Penganjuran majlis yang julung kalinya
          menggabungkan pesara di Ibu Pejabat KPKM, Jabatan dan Agensi di bawahnya. Majlis yang berlangsung
          pada 6 Julai 2023 pada jam 11.00 pagi bertempat di Dewan D, MAEPS Serdang telah disempurnakan
          oleh  YB  Datuk  Chan  Foong  Hin,  Timbalan  Menteri  Pertanian  dan  Keterjaminan  Makanan.  Program  ini
          juga dihadiri oleh pengurusan tertinggi Kementerian, Ketua-Ketua Pengarah Jabatan dan Agensi serta
          penyelia-penyelia kepada pesara terlibat.

          Seramai 414 pesara di KPKM bagi tahun 2023 merangkumi pegawai yang bersara wajib, bersara
          pilihan, bersara atas sebab kesihatan dan juga kakitangan yang telah meninggal dunia semasa masih
          berkhidmat. Majlis ini sebagai penghargaan di atas khidmat bakti mereka sepanjang tempoh berkhidmat
          sebagai penjawat awam.
   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151