Page 150 - KPKM
P. 150
149 | LAPORAN TAHUNAN ‘23
Seterusnya sesi taklimat pengenalan MAQIS
telah diadakan di Kompleks Sultan Abu Bakar,
Jambatan Kedua, Gelang Patah, Johor Bahru.
Peserta dapat melihat sendiri bagaimana sesi
pemeriksaan dibuat ke atas kenderaan yang
membawa produk pertanian untuk dieksport ke
negara jiran, Singapura.
Taklimat berkenaan projek pertanian di
Southern Green Sdn Bhd, Ulu Tiram.
Sesi lawatan ke Southern Green Sdn Bhd di Ulu
Tiram, Johor diadakan bagi melihat bagaimana
pengurusan projek pertanian yang berskala
besar dilaksanakan. Selain projek pertanian,
peserta juga dibawa ke Osman Goat Farm bagi
melihat ladang ternakan kambing serta UK Farm
sebagai pusat agro tourism.
Sesi lawatan di Osman Goat Farm, Johor Bahru.
Manakala PERFORM Siri 2 Tahun 2023 telah diakhiri
dengan taklimat di Pejabat Pertanian Moden
(PPM) di Kluang, Johor disusuli dengan beberapa
sesi lawatan ke projek-projek di bawah PPM iaitu
Kilang Azhar Manufacturing Sdn. Bhd di Rengit,
Johor serta Ladang Matanaga Nanas.
Pemprosesan ubi kayu bagi penghasilan kerepek di Kilang
Azhar Manufacturing Sdn. Bhd.
PERFORM Siri 3 Tahun 2023 telah diadakan pada 21
dan 22 November 2023. Sesi taklimat pengenalan
fungsi Kementerian, Jabatan dan Agensi telah
disampaikan oleh pihak UKK dan seterusnya
peserta dibawa melawat ke ibu pejabat MAQIS,
DOA dan DOF. Pada hari kedua, peserta telah
dibawa ke Institut Teknologi Unggas, Jabatan
Perkhidmatan Veterinar di Melaka.
Lawatan ke Institut Teknologi Unggas, Melaka.