Page 153 - KPKM
P. 153
LAPORAN TAHUNAN ‘23 | 152
PERSIDANGAN AKRAB TAHUN 2023 DAN ANUGERAH PEMENTORAN PERINGKAT KPKM
Persidangan ini telah diadakan pada 9 Mac 2023 (Khamis) bertempat di Dewan Serbaguna Wisma Tani,
Putrajaya. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha,
KPKM. Turut hadir bersama majlis ini ialah YBhg. Dato Pauzan Bin Ahmar, Pengarah Bahagian Pengurusan
Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam, Puan Habshah Ali, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan),
Encik Nor Fadzli Bin Hasan, Pengerusi Persatuan AKRAB, KPKM, Puan Hidayatul Shuhaida binti Kamarudin,
Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPKM, Ketua-Ketua Pengarah dan wakil daripada
Jabatan dan Agensi KPKM serta Setiausaha Bahagian dan Ketua Unit, KPKM. Seramai 280 orang peserta
telah menghadiri persidangan ini.
Barisan VVIP semasa Majlis Perasmian Persidangan. YBhg. Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha KPKM
melancarkan Buku Pelan Strategik AKRAB 2023 – 2025.
Sebahagian peserta yang hadir memeriahkan lagi persidangan.