Page 158 - KPKM
P. 158

157  |  LAPORAN TAHUNAN ‘23




          PRESTASI PEROLEHAN 2023
          Pelaksanaan perolehan di Kementerian ini meliputi perolehan bagi kategori bekalan, perkhidmatan dan
          kerja dengan menggunakan kaedah pembelian terus, lantikan terus, sebut harga dan tender seperti
          yang ditetapkan di dalam Arahan Perbendaharaan dan Pekeliling Perbendaharaan.

          Sepanjang tahun 2023, Kementerian ini telah melaksanakan sebanyak 2,090 perolehan bernilai
          RM681,921,502.03. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 106 perolehan bernilai RM304,327,086.70
          dilaksanakan secara tender dan 1,984 perolehan bernilai RM377,594,415.33 dilaksanakan secara sebut
          harga.

          Perolehan  kerja  mencatatkan  jumlah  perolehan  tertinggi  dengan pelaksanaan sebanyak  829  yang
          bernilai RM248,944,799.98. Ini diikuti dengan pelaksanaan perolehan perkhidmatan sebanyak 597 yang
          bernilai RM222,556,225.86 dan perolehan bekalan sebanyak 664 yang bernilai RM210,420,476.19.

          Pada tahun 2023, semua 201 PTJ di peringkat Kementerian dan Jabatan telah bertransaksi menggunakan
          sistem ePerolehan. 201 PTJ ini terdiri daripada 42 PTJ di peringkat Kementerian, 29 PTJ di Jabatan Perikanan,
          83 PTJ di Jabatan Perkhidmatan Veterinar, 35 PTJ di Jabatan Pertanian dan 12 PTJ di MAQIS.

          Melalui sistem ePerolehan, Kementerian ini telah melaksanakan sejumlah 30,025 transaksi dengan nilai
          RM337,769,338.48.


          KURSUS DAN BENGKEL ANJURAN BAHAGIAN KEWANGAN TAHUN 2023

              a.  KURSUS TATACARA PENGURUSAN PEMBAYARAN (TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN DAN
                  ELAUN LEBIH MASA) KPKM ANJURAN BAHAGIAN KEWANGAN TAHUN 2023
                  Kursus Tatacara Pengurusan Pembanyaran (Tuntutan Elaun Perjalanan dan Elaun Lebih Masa)
                  KPKM Tahun 2023 telah diadakan di The Straits Hotel & Suites pada 11 hingga 13 Februari 2023.
                  Seramai 45 orang peserta yang mewakili semua Bahagian, Jabatan dan IADA Kementerian
                  Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah menghadiri kursus ini. Objektif kursus adalah
                  untuk :

                  •     Memberi pengetahuan dan kefahaman kepada para peserta berhubung tatacara
                        pengurusan pembayaran (TNT dan OT) agar pembayaran tuntutan mematuhi peraturan
                        kewangan yang berkuatkuasa;
                  •     Memberi pendedahan kepada peserta berhubung penambahbaikan yang boleh dibuat
                        terhadap pengurusan pembayaran (TNT dan OT) bagi meningkatkan keberkesanan
                        dalam menguruskan pembayaran tersebut; dan
                  •     Memberi pendedahan secara praktikal melalui case study dan latihan agar peserta lebih
                        memahami kelayakan dan kaedah pengiraan yang tepat berdasarkan pekeliling dan
                        peraturan yang berkuatkuasa.
   153   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163