Page 160 - KPKM
P. 160
159 | LAPORAN TAHUNAN ‘23
c. KURSUS PEMANTAPAN PEROLEHAN PERINGKAT ZON
Kursus Pemantapan Perolehan anjuran Seksyen Perolehan, Bahagian Kewangan telah diadakan
sebanyak lima (5) Siri melibatkan Zon Utara, Zon Selatan, Zon Timur, Zon Tengah dan Zon Malaysia
Timur. Secara keseluruhan, seramai 239 orang peserta telah mengikuti kursus ini. Objektif kursus
ini adalah untuk:
• Meningkatkan kefahaman dan kesedaran peserta berkaitan dasar, kaedah dan tatacara
pengurusan perolehan Kerajaan;
• Meningkatkan kefahaman dan kemahiran peserta dalam pengurusan perolehan
Kerajaan berpandukan peraturan yang berkuatkuasa; dan
• Meningkatkan kefahaman dan kecekapan peserta bagi melaksanakan pengurusan
perolehan Kerajaan yang mematuhi legaliti, akauntabiliti dan integriti.
d. KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKAUN: TATACARA PENGURUSAN ASET DAN
STOR KERAJAAN KPKM TAHUN 2023
Kursus Pengurusan Kewangan dan Akaun: Tatacara Pengurusan Aset dan Stor anjuran Seksyen
Perolehan, Bahagian Kewangan telah diadakan pada 15 hingga 18 Ogos 2023 di Kinta Riverfront
Hotel & Suites, Perak yang melibatkan kehadiran seramai 56 orang peserta. Objektif bengkel ini
adalah untuk:
• Memberi kefahaman tentang peranan dan tanggungjawab peserta mengenai arahan
terkini Pekeliling Perbendaharaan (PP) Pengurusan Aset Alih dan Stor Kerajaan;
• Meningkatkan kemahiran dalam pengurusan aset dan stor Kerajaan supaya lebih cekap
dan berkesan;
• Memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan pengurusan aset alih dan stor
Kerajaan agar dapat menjimatkan perbelanjaan Kerajaan;
• Mengenal pasti punca-punca berlakunya ketidakakuran dalam pengurusan aset dan
stor; dan
• Menerangkan amalan-amalan pengurusan aset dan stor yang terbaik melalui perkongsian
ilmu dan pengalaman.