Page 162 - KPKM
P. 162
161 | LAPORAN TAHUNAN ‘23
f. KURSUS INTEGRITI KEWANGAN DAN PEROLEHAN BAHAGIAN KEWANGAN TAHUN 2023
Kursus Integriti Kewangan dan Perolehan Bahagian Kewangan anjuran Unit Khidmat Sokongan,
Bahagian Kewangan telah diadakan di Pulai Spring Resort, johor Bahru pada 3 hingga 5
November 2023. Seramai 43 orang peserta yang terdiri dari semua Pegawai dan kakitangan
Bahagian Kewangan telah menyertai kursus ini. Fokus utama kursus ini adalah untuk :
• Memberi kefahaman tentang konsep integriti dan nilai-nilai integriti;
• Mempunyai akauntabiliti semasa menjalankan tugas;
• Memahami dan mematuhi peraturan-peraturan yang berkuatkuasa; dan
• Menelusuri isu-isu integriti berkaitan Perolehan dan Kewangan.
g. PERSIDANGAN PENGURUSAN KEWANGAN TAHUN 2024 DAN KOORDINASI PEMASARAN
DAN EKSPORT PRODUK PERTANIAN DAN AGROMAKANAN NEGARA KEMENTERIAN
PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN (KPKM)
Persidangan Pengurusan Kewangan Tahun 2024 dan Koordinasi Pemasaran dan Eksport
Produk Pertanian dan Agromakanan Negara, KPKM anjuran Seksyen Belanjawan, Bahagian
Kewangan telah diadakan pada 7 hingga 10 Disember 2023 di Movenpick Hotel and Convention
Centre, KLIA, Selangor yang melibatkan kehadiran seramai 130 orang peserta. Objektif
persidangan ini adalah untuk :
• Mengenal pasti cadangan penambahbaikan ke atas pencapaian pengurusan kewangan
tahun 2023;
• Meningkatkan kesedaran Bahagian/Jabatan/Agensi dan Penyelaras Program
berkenaan dasar dan pelaksanaan Bajet Berasaskan Outcome (Outcome Based
Budgeting - OBB);
• Menyelaras dan menjajarkan perancangan program/aktiviti tahun 2024 selaras dengan
dasar dan hala tuju Kementerian;
• Menghasilkan laporan-laporan yang selaras dengan ketetapan Perbendaharaan; dan
• Menambahbaik kaedah pemantauan penyaluran peruntukan Kementerian kepada
Agensi Pelaksana.