Page 164 - KPKM
P. 164

163  |  LAPORAN TAHUNAN ‘23



          BAHAGIAN

          AKAUN (BA)




          OBJEKTIF BAHAGIAN

              a.     Melaksanakan sistem pengurusan perakaunan dan kewangan dengan cekap dan berkesan;
              b.      Menyediakan Penyata Kewangan Kementerian yang tepat dan boleh dipercayai kepada
                     pemegang taruh;
              c.      Memastikan transaksi kewangan diperakaunkan dengan tepat dan mematuhi piawaian
                     perakaunan dan peraturan kewangan yang berkuatkuasa;
              d.      Memberi khidmat nasihat yang berkualiti dan berkesan dalam perkhidmatan perakaunan
                     dan kewangan selaras dengan amalan terbaik; dan
              e.      Menyediakan maklumat dan laporan pengurusan perakaunan bagi membantu Pengurusan
                     Atasan dalam pembuatan keputusan.


          FUNGSI BAHAGIAN

              a.     Menyedia maklumat dan laporan serta menasihati pengurusan atasan dalam membuat
                     keputusan;
              b.      Menjalankan pemantauan terhadap pematuhan peraturan kewangan yang berkuat kuasa
                     melalui pelaksanaan naziran pematuhan akruan di semua Pusat Tanggungjawab di bawah
                     Kementerian;
              c.      Menyediakan Penyata Kewangan Kementerian secara bulanan/tahunan berdasarkan polisi
                     perakaunan yang ditetapkan;
              d.      Mengurus pengiktirafan, pengukuran dan perekodan aset dan liabiliti berdasarkan MPSAS
                     dan polisi perakaunan yang berkaitan; dan
              e.      Memastikan aktiviti pembayaran, terimaan dan perakaunan seperti di bawah disediakan
                     dengan tepat dan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.
   159   160   161   162   163   164   165   166   167   168   169