Page 169 - KPKM
P. 169

LAPORAN TAHUNAN ‘23 |     168




          PEMANTAUAN TERHADAP PELAKSANAAN SISTEM PERAKAUNAN DI AGENSI-AGENSI
          PERAKAUNAN DI AGENSI-AGENSI DI BAWAH KEMENTERIAN
          Kesemua tujuh (7) agensi kerajaan di bawah KPKM menggunakan sistem perakaunan yang dipantau
          oleh Jawatankuasa Pemantau Standard Accounting System for Government Agencies (SAGA) di
          peringkat Kementerian. Bahagian Akaun sebagai urus setia mesyuarat Jawatankuasa Pemantau SAGA
          melaksanakan Mesyuarat Jawatankuasa sebanyak dua (2) kali setahun berdasarkan Surat Pekeliling
          ANM Bil.3 Tahun 2018.


          Mesyuarat diadakan bertujuan memantau isu-isu
                                                                   Agensi yang
          berkaitan  pelaksanaan  sistem  perakaunan  dan
                                                                   menggunakan SAGA
          persijilan SAGA di kesemua agensi kerajaan di bawah
                                                                   7 AGENSI
          KPKM dalam memastikan penyata kewangan asas
          dapat disediakan dalam tempoh yang ditetapkan
          dengan maklumat dan data perakaunan yang tepat,
          berintegriti dan mematuhi Piawaian Perakaunan            Pelaksanaan Mesyuarat
          ditetapkan.                                              Jawatankuasa Pemantau
                                                                   SAGA
          Mesyuarat Jawatankuasa Pemantau (MJP) SAGA telah
                                                                   2 KALI SETAHUN
          diadakan sebanyak 2 kali pada tahun 2023 iaitu :



          •   Mesyuarat MJP SAGA Bil 1 Tahun 2023 telah diadakan pada 25 Mei 2023 bertempat di Ibu Pejabat
              MADA, Kedah; dan
          •   Mesyuarat MJP SAGA Bil. 2 Tahun 2023 telah diadakan pada 14 November 2023 bertempat di Bilik
              Gerakan Aras 7, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Putrajaya.
   164   165   166   167   168   169   170   171   172   173   174