Page 171 - KPKM
P. 171

LAPORAN TAHUNAN ‘23 |     170




          PENYATA KEWANGAN TAHUN 2023







                                                                   PENYATA KEWANGAN

                                                                   KEMENTERIAN PRA
                                                                   PERALIHAN (ASAS

                                                                   AKRUAN)







                                                                 Penyata Kewangan Kementerian Pra Peralihan
                                                                 (Asas Akruan) merupakan produk utama
                                                                 yang dihasilkan oleh Bahagian Akaun. Penyata
                                                                 Kewangan     ini  menunjukkan     kedudukan
                                                                 kewangan,     prestasi  hasil  dan    belanja
                                                                 Kementerian serta kedudukan Akaun Amanah
                                                                 Awam yang diuruskan oleh Kementerian
                                                                 selaras    dengan      kehendak      Piawaian
                                                                 Perakaunan Sektor Awam Antarabangsa dan
                                                                 Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia
                                                                 (MPSAS).


          Penyediaan Penyata Kewangan Kementerian dibuat secara teratur berdasarkan amalan tadbir urus
          terbaik bagi memberikan gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan
          Kementerian. Maklumat yang dipersembahkan di Penyata Kewangan ini dapat membantu pemegang
          taruh dalam membuat keputusan strategik untuk Kementerian.


          Penyata Kewangan Kementerian Tahun 2023 disediakan secara bulanan dan dikemukakan kepada KSU
          dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) sebelum atau pada tarikh yang ditetapkan oleh Jabatan
          Akauntan Negara Malaysia. Seterusnya, Penyata Kewangan Kementerian dikemukakan kepada Jabatan
          Audit Negara Malaysia untuk tujuan pengauditan secara keseluruhan bagi memastikan akauntabiliti dan
          ketepatan Penyata Kewangan yang telah disediakan.
   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176