Page 174 - KPKM
P. 174
173 | LAPORAN TAHUNAN ‘23
BAHAGIAN PERKHIDMATAN
DIGITAL (BPD)
OBJEKTIF BAHAGIAN
Menerajui dalam perancangan dan pengurusan ICT yang berkualiti, selamat dan efisyen serta
membudayaan penggunaan ICT kepada warga Kementerian.
FUNGSI BAHAGIAN
a. Merancang, merangka dan melaksana Pelan Strategik ICT KPKM.
b. Menganalisis, mereka bentuk, membangun atau memantau, menguji dan menyelenggara
sistem aplikasi yang dibangunkan secara dalaman atau ‘out source’.
c. Merangka dan melaksana Polisi Keselamatan Siber KPKM.
d. Menyedia, mengendali dan menyelenggara infrastruktur dan perkhidmatan ICT untuk
Kementerian.
e. Mengawal selia kualiti sistem dan keselamatan ICT.
f. Membudayakan penggunaan ICT di Kementerian.
g. Memberi khidmat nasihat ICT kepada Kementerian.
h. Menjadi Urus setia kepada Jawatankuasa Pemandu ICT Kementerian.
i. Merancang dan mengurus hal-hal pentadbiran dan belanjawan Bahagian.
AKTIVITI UTAMA
PENGURUSAN PROJEK ICT
Terdapat dua (2) peringkat jawatankuasa di KPKM yang mengesyorkan dan meluluskan projek-projek
ICT iaitu Jawatankuasa Teknikal ICT (JTI) KPKM dan Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) KPKM.
Sebanyak empat (4) kali Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) KPKM dengan meluluskan
sebanyak 31 projek ICT bernilai RM62,416,433.00 dengan pecahan butiran seperti berikut.
Bil. Jumlah Anggaran
Tarikh Jumlah Projek Bahagian Jabatan/ Agensi
Mesyuarat Kos (RM)
1. 24 Mac 2023 12 BPD, BPKLP, UKK, DVS, FAMA dan MADA 15,234,218.00
2. 12 Jun 2023 3 DVS dan FAMA 9,291,868.00
3. 17 Ogos 2023 5 DOF, FAMA, LKIM dan LPNM 13,764,747.30
4. 1 Disember 2023 11 BPD, DOA, DOF, DVS, FAMA dan MADA 24,125,600.00